Rakyat perlu melihat kepentingan mesej yang disampaikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) berbanding mempertikai kefasihan Timbalan Perdana Menteri itu berucap dalam bahasa Inggeris.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, paling utama isu yang dibawa Datuk Seri Ahmad Zahid yang mewakili pendirian Malaysia mendapat perhatian seluruh dunia.
"Jangan hanya nampak kesilapan kecil lalu diperbesarkan untuk mencemuh dan memperlekehkannya, tengok kepada intipati ucapannya pada persidangan tersebut.
"Pihak pembangkang sengaja menjadikan kelemahan Timbalan Perdana Menteri berucap dalam bahasa Inggeris pada persidangan tersebut untuk memperlekehkan kemampuannya.
"Jika perkara itu pun hendak dipolitikkan, ternyata pembangkang di negara ini tidak ada kerja lain, selain mencari kelemahan dan mencela kesilapan orang lain," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Syed Ali turut mengingatkan pihak berkenaan agar jangan sengaja membudayakan sikap suka menghina dan memperlekehkan kemampuan orang lain kerana kepentingan politik.
"Tidak perlu hendak disebarkan menerusi media sosial. Apa niat mereka selain mahu memalukan Datuk Seri Ahmad Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO," tegasnya.
Menurutnya, semua pihak sepatutnya melihat kepada mesej dan intipati yang ingin disampaikan Ahmad Zahid di peringkat global.
"Berlaku kesalahan kecil (sebutan tidak jelas) dalam bahasa Inggeris adalah perkara biasa bagi mana-mana pemimpin dunia termasuk daripada Indonesia, Thailand, Jepun mahupun negara-negara Afrika.
"Datuk Seri Ahmad Zahid sebenarnya boleh memilih untuk berucap di UNGA dalam bahasa Melayu seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin daripada Indonesia.
"Tetapi ternyata Timbalan Perdana Menteri memilih untuk menggunakan bahasa antarabangsa, ini sesuatu yang baik dan sepatutnya diberikan sanjungan oleh rakyat Malaysia," ujarnya.
Tambah Syed Ali , kesungguhan Datuk SeriAhmad Zahid menyampaikan ucapan dalam bahasa Inggeris pada persidangan peringkat dunia membuktikan hasrat melihat suara Malaysia bergema di peringkat global.
"Mesejnya mudah, Datuk Seri Ahmad Zahid mahu suara Malaysia dapat didengar oleh seluruh pemimpin dunia di UNGA dan usaha itu ternyata berjaya, tidak perlu diperkecilkan hanya disebabkan kesilapan sebutan" tegasnya.
Syed Ali menjelaskan, Datuk Seri Ahmad Zahid mungkin sedar tahap penguasaan bahasa Inggerisnya tetapi masih juga berucap menggunakan bahasa berkenaan kerana persekitaran tempat.
"Itu persidangan peringkat dunia, bukannya kelompok negara Asia atau dunia ketiga, Timbalan Perdana Menteri telah melakukan yang terbaik semasa di UNGA, ini satu kebanggaan.
"Keberanian Datuk Seri Ahmad Zahid sepatutnya diberikan sanjugan oleh rakyat kerana mampu memberikan ucapan yang sarat dengan idea bernas untuk kepentingan peringkat global," jelasnya.
Syed Ali turut kesal kerana ada sesetengah pihak memperlekehkan keupayaan Timbalan Perdana Menteri berucap dalam bahasa Inggeris sedangkan perkara itu sekadar isu remeh.
Sebelum ini, pembangkang dan pihak berkepentingan mempersoalkan ucapan Datuk Seri Ahmad Zahid di UNGA kerana kelemahannya dalam penguasaan bahasa Inggeris menyebabkan ada beberapa perkataan tidak jelas sebutannya.
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad dan aktivis Datuk Paduka Marina Tun Dr Mahathir juga mempersoalkan menerusi media sosial kenapa Timbalan Perdana Menteri masih berucap dalam bahasa Inggeris di persidangan tersebut.
Astro Awani
Wed Sep 28 2016
Rakyat perlu melihat mesej yang disampaikan Datuk Seri Ahmad Zahid pada UNGA berbanding mempertikai kefasihan bahasa Inggerisnya. - Gambar fail
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan - Ahmad Zahid
T20 purata guna RM399 sebulan bagi petrol RON95 - Ahmad Zahid
UMNO pertimbang tarik diri daripada menyokong PN
Hubungan tegang UMNO dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin tegang apabila UMNO mengumumkan untuk mempertimbangkan untuk menarik diri daripada gabungan itu.
Sabah Memilih: BN akan runding agih kerusi bersama gabungan
Rundingan mengenai pengagihan kerusi Barisan Nasional (BN) dan parti gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan dimuktamadkan selewat-lewatnya seminggu sebelum hari penamaan calon.
Kami alu-alukan bertanding di Bagan Datuk dan Pekan - TPM Zahid
Ahmad Zahid mengulas berhubung cadangan bagi Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai lokasi bertanding PRU14 akan datang.
Kerajaan tangguh pelaksanaan PLKS, guna pakai sistem lama - TPM Zahid
Nelayan yang menggunakan khidmat pekerja asing itu akan terus menggunakan sistem lama atau Pas Pelaut yang hanya perlu disahkan Jabatan Perikanan selain negara asal nelayan asing berkenaan.
Tajol Rosli beri saya 'nyawa' dalam politik - TPM Zahid
Beliau berkata selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998, dirinya dianggap seperti 'kiambang' dan 'dibenci' beberapa pemimpin UMNO.
Malaysia mahu lebih banyak langkah konkrit untuk realisasikan RCEP
Ia menawarkan peluang luas dan pelbagai kemungkinan bagi Asia dan Eropah untuk membawa kerjasama dan perkongsian ekonomi ke tahap lebih tinggi.
Semoga taubat Nizar Jamaluddin diterima Allah - Zahid Hamidi
Bagaimanapun, Ahmad Zahid mengucapkan terima kasih di atas kecaman Mohammad Nizar tersebut dan pada masa sama berharap semoga taubat beliau diterima Tuhan.
PM Malaysia dipilih melalui perundangan dan demokrasi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kaedah lain itu tidak mengikuti tata etika sebagaimana termaktub dalam perlembagaan dan perundangan negara.
Isu pekerja asing: Jangan cari publisiti murahan desak Ahmad Zahid 'resign' - Armand
Presiden Ikhlas dinasihat tidak mencari publisiti murahan apabila meminta Ahmad Zahid meletakkan jawapan dalam isu kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini.