KUALA LUMPUR: Setelah kali terakhir diadakan empat tahun lepas, Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) akan kembali mencuri tumpuan dengan edisi ke-16 bulan depan, dijangka melibatkan 1,200 syarikat dari dalam dan luar negara pada pameran berkenaan, sekali gus menjadikan acara kali ini yang terbesar pernah diadakan.
Pengarah Eksekutif Alphine Intergrated Solution Muhammad Aqlan Pacleb berkata ini kerana kemungkinan ada beberapa syarikat yang menyertai LIMA 2023, mempunyai lebih dari satu anak syarikat yang turut berpotensi terlibat sama dalam pameran berkenaan.
"Kalau kita boleh dapatkan 1,200 (syarikat), dalam konteks inilah kita katakan LIMA kali ini lebih besar dan belum termasuk lagi agensi sokongan kerajaan yang terlibat dengan LIMA 2023. Jadi, jumlahnya telah meningkat," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama.
Muhammad Aqlan berkata dengan penyertaan memberangsangkan yang diterima, beliau merasakan adalah wajar untuk Dewan Mahsuri di Langkawi, venue utama bagi penganjuran LIMA, diperluas lagi susulan maklum balas daripada penggiat industri berkaitan terutama sektor aeroangkasa.
"Saya dengan bangganya boleh mengatakan bahawa sebagai penganjur kali ini, kami akan mempunyai pertahanan terbesar, keselamatan termasuk dalam maritim dan aeroangkasa, serta komersial di rantau ini," katanya.
LIMA secara tradisinya melibatkan Kementerian Pertahanan kerana ia berkaitan pembangunan industri pertahanan namun pada edisi 2019 dan edisi kali ini, ia melibatkan Kementerian Pertahanan bagi Industri Pertahanan Maritim dan Aerongkasa serta Kementerian Pengangkutan (Industri Komersil Maritim dan Aeroangkasa).
Muhammad Aqlan berkata faktor lain menjadikan LIMA kali ini dilihat amat baik dalam aspek penyertaan pempamer kerana penganjurannya melibatkan kerjasama pelbagai kementerian yang komited memastikan kejayaan acara berkenaan sehingga meyakinkan banyak syarikat tempatan dan antarabangsa untuk menyertai pameran tersebut.
"Kami tidak akan melihat (pameran) ini di bahagian lain dunia. Melalui LIMA kita melihat Mindef dan MOT bekerjasama. Selain itu, agensi seperti MOTAC (Kementerian Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan), KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), serta kerajaan Kedah juga sangat membantu untuk memastikan kejayaan LIMA," katanya.
LIMA 2023 bertemakan 'Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia' akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei.
Sementara itu, Pengarah Urusan Alpine Anita Jacobson berkata setakat ini, 70 peratus daripada 600 pempamer yang telah mengesahkan penyertaan adalah syarikat antarabangsa melibatkan 30 negara.
Beliau berkata jumlah penyertaaan tersebut adalah yang terbesar berbanding penglibatan 400 syarikat pada 2019.
"Kami masih lagi menjual ruang pameran sebab masih banyak permintaan...mungkin kita akan jual sehingga selepas Aidilfitri," katanya menambah kini masih terdapat kekosongan antara 10 hingga 15 ruang pameran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023
LIMA 2023 bertemakan 'Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia' akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei.
Siapa menang? Siapa kalah? Tegakkan demokrasi
Ridauddin Daud, Wartawan Astro AWANI
Keputusan tidak rasmi PRK Kuala Kubu Baharu
Keputusan tidak rasmi PRK Kuala Kubu Baharu
Pertukaran, bayaran balik tiket Piala Sumbangsih bermula esok hingga Selasa
Pertukaran dan bayaran balik tiket perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC yang dibatalkan semalam boleh dibuat mulai esok hingga Selasa.
Pengundian awal, apa desas desus?
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
[TERKINI] Menang undi awal polis, tentera
Keputusan tidak rasmi yang dikongsikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook menyaksikan Sock Tao menang dengan majoriti 436 undi.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
AWANI Borneo [11/05/2024] – Persempadanan semula kawasan DUN | Perginya ikon kebanggan Orang Ulu | Peruntukan RM7 juta
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 11 Mei 2024
Sarawak pertimbang semak persempadanan semula kawasan DUN.
Pemimpin negara beri penghormatan terakhir kepada Mendiang Mutang Tagal.
Peruntukan RM7 juta bagi ubah wajah tamu desa di Sabah.
#AWANIBorneo 11 Mei 2024
Sarawak pertimbang semak persempadanan semula kawasan DUN.
Pemimpin negara beri penghormatan terakhir kepada Mendiang Mutang Tagal.
Peruntukan RM7 juta bagi ubah wajah tamu desa di Sabah.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
RM7 juta diperuntukkan naik taraf 38 tamu desa di Sabah - Ewon
Sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi menaik taraf 38 tapak tamu desa yang telah dikenal pasti di seluruh Sabah
KKDW peruntuk RM290 juta setahun untuk luar bandar Sabah
Peruntukan RM290 juta KKDW untuk kemudahan luar bandar Sabah adalah peruntukan tahunan kementerian itu bagi membantu penduiduk negeri itu.
Pembinaan LCS dijangka disambung semula bulan depan - Panglima TLDM
Pembinaan itu diteruskan selepas kontrak tambahan keenam projek tersebut ditandatangani pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Langkawi, Mei lepas.
LIMA '23: 43 perjanjian berjumlah lebih RM10.1 bilion dimeterai Kementerian Pertahanan
Sejumlah 43 kontrak bernilai RM10.128 bilion dimuktamadkan oleh Kementerian Pertahanan semasa Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) sehingga kini merangkumi 20 dokumen
'Langkawi ini Kedah punya bos' - Sanusi
Kehadiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ke majlis pembukaan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA '23) mencuri tumpuan.
Anwar harap LIMA '23 perkukuh Malaysia sebagai hab serantau industri aeroangkasa, maritim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan harapan agar LIMA '23 akan mengukuhkan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim.
Kerajaan dalam usaha peroleh sistem UASTM - Loke
Kerajaan dalam proses untuk memperoleh Sistem Pengurusan Trafik Pesawat Tanpa Pemandu (UASTM), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
LIMA '23 buka peluang IPT tempatan teroka bidang baharu TVET
Penganjuran LIMA '23 selama lima hari bermula semalam membuka peluang kepada Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan meneroka bidang baharu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
PM Anwar melawat LIMA '23 di MIEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
LIMA 2023 jangka capai janji niaga RM18 bilion - Mohamad
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) yang akan berlangsung esok hingga 27 Mei ini dijangka mampu mencapai janji niaga sehingga RM18 bilion.
40 pegawai KPDN dihantar, pantau harga barang di LIMA 2023 - Salahuddin
KPDN akan menghantar kira-kira 40 pegawainya ke LIMA 2023 bagi memastikan isu kenaikan harga tidak berlaku.
Guna pengangkutan awam sebagai alternatif untuk ke LIMA'23
Orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam untuk hadir ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23) yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini.