awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima ADUN lantikan Pahang angkat sumpah

Bernama
Bernama
05/09/2024
03:10 MYT
Lima ADUN lantikan Pahang angkat sumpah
Gambar dari kiri: Ahmad Irshadi, Mohd Fadzli, Haris, Rizal, Tat Chee. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan DUN Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Mereka terdiri daripada Pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan Pekan Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari, Ketua MCA Bahagian Temerloh Datuk Wong Tat Chee, Ketua UMNO Bahagian Jerantut Haris Salleh Hamzah, Pengerusi Amanah Pahang Mohd Fadzli Mohd Ramly dan Timbalan Pengerusi PKR Pahang Rizal Jamin.
Pada Nov 2020 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang telah meluluskan usul untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang bagi melantik lima ADUN tanpa melalui proses pilihan raya, dan pada persidangan 13 Mei lepas, pelantikan lima ADUN itu mendapat sokongan majoriti mudah selepas usul berkenaan dicadangkan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan disokong tujuh ADUN Pahang.
Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Speaker DUN Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dengan disaksikan Wan Rosdy dan ADUN lain.
Mohd Sharkar ketika merakamkan ucapan tahniah kepada lima ADUN berkenaan berkata pelantikan itu bertujuan membantu visi dan misi kerajaan negeri dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#angkat sumpah
#Wisma Sri Pahang
#Wan Rosdy Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan