awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat cetus banjir, tanah runtuh di bandar Negor, Filipina
Lebih 500,000 sertai perarakan pro-Palestin di Jambatan Galata, Istanbul pada Tahun Baharu
22 cedera dalam letupan bom tangan semasa sambutan Tahun Baharu di selatan Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima anggota polis MPV P.Pinang ditahan bantu siasatan pemerasan

Bernama
Bernama
03/02/2024
05:53 MYT
Lima anggota polis MPV P.Pinang ditahan bantu siasatan pemerasan
Polis akan menjalankan siasatan secara terperinci dan telus serta tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam kes jenayah atau rasuah. -Gambar fail/PDRM
BUKIT MERTAJAM: Polis menahan lima anggota Unit Pasukan Peronda (MPV) bagi membantu siasatan berhubung kes pemerasan membabitkan seorang pekerja kilang sehingga kerugian RM4,500 dalam kejadian di Permatang Tinggi di sini semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata lima anggota berumur 24 hingga 48 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.15 malam tadi di Bukit Mertajam selepas pihak polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada seorang lelaki berusia 27 tahun.
Beliau berkata polis akan menjalankan siasatan secara terperinci dan telus serta tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam kes jenayah atau rasuah.
"Dalam kejadian 10.15 malam Khamis lepas, mangsa yang sedang memandu kereta mendakwa telah ditahan dua kereta MPV polis yang mengarahkannya berhenti di tepi jalan dan tiga anggota kemudian membuat pemeriksaan terhadapnya.
"Semasa pemeriksaan, seorang daripada anggota polis telah menjumpai satu beg plastik mengandungi serbuk disyaki dadah di dalam kereta mangsa, namun dia menafikan tentang beg plastik itu sebelum polis terbabit terus mengatakan bahawa dadah itu milik mangsa dan boleh dikenakan hukuman berat," katanya kepada Bernama di sini hari ini
Khaw berkata mangsa mendakwa sebuah lagi kereta MPV yang dinaiki dua anggota polis datang ke situ sebelum mangsa diarah membayar sebanyak RM10,000 jika tidak mahu ditangkap.
Selepas berbincang, beliau berkata mangsa telah diminta membayar sebanyak RM4,500 dan dia telah pergi mengambil wang di sebuah bank berhampiran dan menyerahkan wang itu sebelum membuat laporan polis.
Menurut Khaw, kesemua lima anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah itu kini direman empat hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
"Saya beri jaminan yang siasatan terhadap mereka akan dijalankan secara terperinci dan dibuat sama seperti mana-mana penjenayah walaupun suspek anggota polis.
"Amanat Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain pada 1 Feb lepas tentang tindakan salah laku pegawai dan anggota polis akan diambil tindakan tegas serta disiasat secara telus, akan dilaksanakan terhadap mana-mana polis yang bertugas di Pulau Pinang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota polis MPV ditahan
#Unit Pasukan Peronda
#Permatang Tinggi
#polis pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan