Skip to main content

Sukan

Cantik, bijak dan berbakat.. Eileen Gu terus jadi inspirasi dan sensasi dunia

Dalam dunia sukan musim sejuk, nama Eileen Gu bukan lagi sekadar bintang tetapi beliau kini simbol kecemerlangan generasi baharu. -- stadiumastro
Sering diberi perhatian kerana kecantikan wajahnya, Gu telah membuktikan dirinya lebih dari sekadar “a pretty face”. - StadiumAstro

DALAM dunia sukan musim sejuk, nama Eileen Gu bukan lagi sekadar bintang tetapi beliau kini simbol kecemerlangan generasi baharu.

Pada usia awal 20-an, atlet China-Amerika yang dilahirkan di US itu adalah freeskier wanita paling berjaya dalam sejarah, atlet bergaji tertinggi dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 dan menurut Forbes, seorang model IMG, pelajar Universiti Stanford, dan juga tokoh kontroversi apabila memutuskan untuk mewakili ibunya dari China berusia ketika 15 tahun pada 2019.

Advertisement

Sering diberi perhatian kerana kecantikan wajahnya, Gu telah membuktikan dirinya lebih dari sekadar “a pretty face”. Dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026, nama Gu sekali lagi menjadi perhatian dunia apabila sidang medianya tular.

“Adakah anda lihat ini sebagai dua pingat perak yang ditambah atau dua pingat emas yang terlepas?”, soalan provokatif yang diajukan salah seorang wartawan.

Dengan bersahaja, Gu tertawa dan berkata: “Saya adalah atlet wanita freeskier yang paling berjaya dalam sejarah, itu sahaja sudah menjawab persoalan anda.”

Gu menamatkan kempen Milano Cortina 2026 dengan 1 emas 2 perak, pencapaian yang sangat besar selepas beliau berjaya mempertahankan emasnya dalam acara pipeline. Kebijaksanaannya jelas terpancar ketika berkata kata sehinggakan seorang wartawan wanita bertanya: “Adakah anda berfikir dahulu sebelum bercakap kerana ia terlalu sempurna.”

Cantik, bijak dan berbakat, itu sudah pasti tetapi yang lebih penting, berdisiplin dan berprinsip.

Bagaimana beliau membawa dirinya, berani menonjolkan personalitinya yang lantang di usia 22 tahun cukup membuktikan mengapa nama Eileen Gu terus menjadi inspirasi kepada generasi muda.

Must Watch Video