awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima cedera terbabit kemalangan enam kenderaan di Bukit Bintang

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
15/09/2025
00:40 MYT
Lima cedera terbabit kemalangan enam kenderaan di Bukit Bintang
Lima mangsa terdiri daripada dua lelaki dewasa, seorang wanita dewasa serta dua kanak-kanak berjaya dikeluarkan sebelum dihantar ke HKL. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Lima mangsa termasuk dua kanak-kanak cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Hang Tuah, berhampiran Jalan Imbi, Bukit Bintang, pada Ahad malam.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, panggilan kecemasan diterima pada jam 10.49 malam sebelum pasukan bomba digerakkan ke lokasi kejadian.
Menurut Komander Operasi, PBK II Che Mohd Solehuddin Che Jusoh, kemalangan itu melibatkan empat kereta iaitu Toyota Vios, Nissan Almera, Hyundai Staria dan Honda City serta dua buah bas persiaran.
“Seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dengan bantuan BBP Pudu bersama dua jentera FRT dikejarkan ke lokasi.
“Lima mangsa terdiri daripada dua lelaki dewasa, seorang wanita dewasa serta dua kanak-kanak berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.
Kes itu diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#Nahas
#JBPM
#Kanak-kanak
#HKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami