awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima guru agama maut dalam kemalangan selepas bercuti di Malaysia

Bernama
Bernama
10/04/2019
04:55 MYT
Lima guru agama maut dalam kemalangan selepas bercuti di Malaysia
Empat orang guru meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia di hospital. - Gambar hiasan
Lima orang guru agama maut dan lapan lagi cedera dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bercuti di Malaysia.
Jurucakap polis berkata dalam kejadian kira-kira 4 pagi (waktu tempatan) hari ini, van yang membawa 12 orang guru wanita dari Sekolah Agama Darussalam, Ranget, Narathiwat terbabas di Kampung Lubuk Sawa, Bachok, Narathiwat, Thailand.
"Pemandu van, 36, dipercayai keletihan dan mengantuk menyebabkan van itu hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok di tepi jalan," katanya kepada pemberita.
Empat orang guru meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia di hospital manakala lapan lagi yang cedera termasuk pemandu van menerima rawatan di Hospital Bachok dan Hospital Narathiwat Rachanakharin.
Rombongan itu merupakan antara tiga buah van yang membawa guru-guru dan pegawai sekolah bercuti di Malaysia sempena musim cuti persekolahan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bachok
#guru agama dari Narathiwat
#guru agama maut
#kemalangan
#Malaysia
#maut
#meninggal dunia
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan