PITAS: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu ditemui lemas di perairan Kampung Pondoi, di sini, pada Khamis.
Mangsa, Rikson Josh, 12, ditemui pada jam 12. 05 tengah hari oleh penduduk kampung berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Rony Sikawan berkata, mangsa ditemui kira-kira 26 kilometer dari lokasi asal kanak-kanak itu dilaporkan lemas.
"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung dan dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis.
"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Pitas," katanya.
Katanya lagi, dengan penemuan mayat mangsa itu, operasi ditamatkan pada jam 4 petang.
Sebelum itu, mangsa dikhuatiri lemas selepas hilang ketika berkelah di tepi Sungai Bengkoka, di sini, bersama ahli keluarganya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 20 2022

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung dan dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis. -Foto Sinar Harian
![AWANI Borneo [16/05/2022] - Tragedi Hari Wesak | Elaun sara hidup nelayan | Demi ilmu anak pedalaman AWANI Borneo [16/05/2022] - Tragedi Hari Wesak | Elaun sara hidup nelayan | Demi ilmu anak pedalaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967224/23621876161652701216313_640x360.jpg)
AWANI Borneo [16/05/2022] - Tragedi Hari Wesak | Elaun sara hidup nelayan | Demi ilmu anak pedalaman
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar: 1. Dua beradik lemas ketika mandi di Sungai Rayu, Matang 2. LKIM salur RM2.3 juta bagi bantu nelayan di Beluran 3. Laporan khas Hari Guru, kisah pengorbanan guru pedalaman #AWANInews #MalaysiaBangkit Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Malaysia mohon 5,000 tambahan kuota haji - Idris
Malaysia memohon sebanyak 5,000 tambahan kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Kemuncak Lebaran | Dentuman meriam gergasi karbit halau pontianak
Di Kampung Melayu, Kota Pontianak, sambutan lebaran di sana mencapai kemuncak pada hari ketujuh dengan acara tembakan meriam gergasi karbit dan acara hiburan Halal Bihalal.

Komoditi | Produk lada Sarawak tembusi pasaran Kanada
Peluang memasarkan produk komoditi dari Sarawak ke pasaran antarabangsa tidak disia-siakan pengasas produk Lada Hitam Nang Ori. Menerusi pameran Halal Expo 2022 di Toronto, Kanada baru-baru ini. Awaeng Kwasin bijak menggunakan platform berkenaan bagi mempromosikan produk ladanya sebagai langkah pertama menembusi pasaran di sana.

Hari Guru 2022 | ISKUL pastikan anak tanpa negara terima pendidikan
Kanak-kanak tanpa warganegara atau 'stateless' memerlukan akses pendidikan yang sewajarnya. Tidak mahu golongan ini terus tercicir, Yayasan Hasanah sebuah Yayasan Khazanah Nasional menganjurkan Program Pendidikan Alternatif Iskul Sama Dilaut (ISKUL) di Pulau Omadal, Semporna.

Sukan SEA: Rachel tuai emas kedua peribadi di Hanoi
Gimnas artistik wanita negara Rachel Yeoh Li Wen, terus menampilkan aksi terpuji apabila meraih emas kedua peribadi pada Sukan SEA ke-31 di Pusat Gimnasium Quan Ngua hari ini.

Elaun Sara Hidup | LKIM salur RM2.3 juta untuk bantu nelayan Beluran
RM2.3 juta dana bagi Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) disalurkan bagi membantu nelayan di Beluran. Jelas Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Yusuf Othman, elaun RM300 akan disalurkan secara bulanan kepada 716 nelayan di daerah berkenaan.

Lemas | Dua beradik hilang ketika mandi sungai
Aktiviti riadah 14 sekeluarga bertukar tragedi apabila dua beradik dikhuatiri lemas ketika sedang beriadah di Sungai Rayu, Matang, pada Isnin. Insiden berlaku sekitar jam 3 petang, ketika orang ramai sedang beriadah sempena cuti Wesak.

PRU15: Hasrat Wan Ahmad Fayhsal bertanding Parlimen Bagan Serai bersifat peribadi
Pengumuman hasrat untuk bertanding di mana-mana tempat merupakan perkara biasa setiap kali menjelang PRU.

Suami maut, isteri cedera parah kemalangan
Hasrat sepasang suami isteri untuk menunaikan ibadah umrah pada November ini, tidak kesampaian selepas terlibat dalam nahas motosikal.

13 individu terkandas akibat kepala air di Maran berjaya diselamatkan
Seramai 13 individu yang terkandas di seberang sungai akibat kejadian kepala air di Sungai Lubuk Ujik, berjaya diselamatkan.

Dua wanita daki Gunung Suku hilang
Dua individu daripada sekumpulan 29 pendaki dipercayai hilang ketika melakukan aktiviti 'trekking' di gunung tersebut.

Warga emas rentung, dua ahli keluarga melecur dalam kebakaran
Mayat warga emas yang rentung ditemukan dalam sebuah bilik manakala dua lagi mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Lelaki alami sesak nafas di puncak Bukit Rawang Bypass
Mangsa tidak dapat turun dari puncak bukit dan menghubungi bilik gerakan bagi mendapatkan bantuan.

Kanak-kanak perempuan ditemukan rentung dalam kebakaran Lahad Datu
Kebakaran Nur Alisha Putri Abdullah, 2, yang ditemukan rentung selepas dipercayai tidak dapat diselamatkan akibat api yang marak.

Lori terbabas, pemandu maut tersepit
Lori yang dipandu mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan dan mangsa cuba terjun dari kenderaan itu namun gagal.

Pemandu lori cedera dihempap kontena jatuh jejambat
Seorang pemandu lori cedera akibat dihempap sebuah kontena yang jatuh dari jejambat pada ketinggian lebih 12 meter di Jalan Pelabuhan Klang di sini, pada Selasa.

Budak 4 tahun tersangkut dalam mesin pengering pakaian
Mangsa tersangkut dari kaki hingga ke pinggang di bahagian pengering pakaian mesin basuh separa automatik.

Lima rumah termasuk stor keropok terbakar
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 malam itu turut menyebabkan empat keluarga hilang tempat tinggal.

Dapur pemanggang itik punca asap tebal keluar dari pusat beli belah Pavillion Bukit Bintang
Kepulan asap tebal yang dilihat keluar daripada serombong sebuah pusat beli belah terkenal di ibu kota berpunca daripada dapur sebuah restoran yang menghidangkan daging itik.