JOHOR BAHRU:Lima individu dipercayai tahanan Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian melarikan diri pada 17 Okt lepas.

Semua tahanan itu difahamkan membabitkan kes imigresen dan dalam proses pengusiran pulang ke negara asal.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi berkata polis menerima laporan itu pada 17 Okt di Balai Polis Simpang Renggam.

Usaha untuk mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut mengenai kes berkenaan daripada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor bagaimanapun gagal.

-- BERNAMA