awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima kementerian bermesyuarat teliti laporan isu ketirisan subsidi diesel

Bernama
Bernama
08/03/2023
15:20 MYT
Lima kementerian bermesyuarat teliti laporan isu ketirisan subsidi diesel
Salahuddin berkata beliau juga telah mengarahkan agar satu pasukan bertindak khas ditubuhkan serta-merta bagi menangani isu ketirisan subsidi diesel. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lima kementerian akan mengadakan mesyuarat dalam beberapa minggu lagi bagi meneliti laporan mengenai isu ketirisan subsidi diesel yang menjangkau hampir RM10 bilion, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Beliau berkata selain kementeriannya, empat lagi kementerian yang terlibat ialah Kementerian Kewangan; Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).
"Ops TIRIS telah dilancarkan bagi membanteras (penyelewengan diesel bersubsidi) dan saya akan meneliti laporan itu nanti. Pada masa yang sama pasukan khas juga telah diwujudkan, jadi biarkan mereka lakukan siasatan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
Selain itu Salahuddin berkata beliau juga telah mengarahkan agar satu pasukan bertindak khas yang diketuai Ketua Setiausaha Kementeriannya Datuk Azman Mohd Yusof ditubuhkan serta-merta bagi menangani isu ketirisan subsidi diesel itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 memaklumkan wujud ketirisan dalam subsidi diesel dengan anggaran hampir RM10 bilion nilai subsidi diesel dipercayai diseleweng tahun lepas.
Sementara itu, Salahuddin juga berkata Kafe Rahmah untuk mahasiswa universiti di negara ini akan diperkenalkan selepas Hari Raya Aidilfitri ini di bawah inistiatif Payung Rahmah.
Katanya ia merupakan kesinambungan daripada program Menu Rahmah, Bakul Rahmah, Pakej Rahmah dan Jualan Rahmah yang telah dan sedang dilaksanakan.
Menurutnya sehingga kini 1,193 pengusaha kedai makanan daripada pengusaha bawah pokok sehingga restoran mewah dan terkemuka telah terlibat dalam inisitif Menu Rahmah.
Persidangan dewan bersambung esok.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Kementerian Dalam Negeri
#Dewan Rakyat
#ketirisan diesel
#Menu Rahmah
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan