awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima kenderaan terbabas rempuh gerai buah, peniaga dan pelanggan cedera

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
18/10/2022
01:40 MYT
Lima kenderaan terbabas rempuh gerai buah, peniaga dan pelanggan cedera
Seorang peniaga buah-buahan dan pelanggan cedera apabila lima buah kenderaan pelbagai jenis terbabas lalu merempuh gerai di Jalan Besar Ayer Tawar pada Isnin. -Astro AWANI
BERUAS: Seorang peniaga buah-buahan dan seorang pelanggan cedera apabila lima buah kenderaan pelbagai jenis terbabas lalu merempuh gerai di Jalan Besar Ayer Tawar, dekat sini, pada Isnin.
Penjual buah-buahan berusia 42 tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian lengan kanan dan kaki kanan manakala pelanggan berusia 54 tahun cedera ringan di bahagian kepala dan badan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai nahas pada 1.50 petang.
“Kemalangan melibatkan lima buah kenderaan yang merempuh sebuah gerai buah-buahan dan terdapat dua orang mangsa. Kedua-dua mangsa tidak tersepit,” katanya dalam satu kenyataan.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Sukardi Mohamed itu tamat jam 2.30 petang.
Polis dalam pada itu memohon kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, mereka boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau mana–mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#peniaga buah-buahan
#Lima kenderaan terbabas
#rempuh gerai buah
#Jalan Besar Ayer Tawar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan