awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima lagi lelaki diberkas merusuh di restoran

Sinar Harian
Sinar Harian
02/03/2021
04:08 MYT
Lima lagi lelaki diberkas merusuh di restoran
Seramai tujuh lelaki telah ditahan polis dalam kejadian merusuh di sebuah restoran di Brickfields, Kuala Lumpur, pada Ahad. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis memberkas lima lagi lelaki dalam tangkapan berasingan di sekitar ibu negara pada Isnin hingga awal pagi Selasa berhubung siasatan kes merusuh di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kesemua suspek berusia antara 19 hingga 23 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.
“Suspek pertama berusia 23 tahun ditahan di PPR Permai Raya, Sungai Besi pada jam 11.15 malam tadi dan suspek kedua berusia 22 tahun ditahan di Taman Cempaka, Ampang pada jam 1.21 pagi (Selasa).
“Tangkapan seterusnya dibuat di Rumah Pangsa Sri Selangor, Jalan San Peng dan Jalan Travers di sini, pada jam 1.31 pagi dan 1.37 pagi tadi membabitkan dua suspek berusia 22 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Anuar berkata, suspek kelima berusia 19 tahun turut ditahan di Jalan Travers, pada jam 2.26 pagi.
Katanya, semakan mendapati kesemua suspek tiada rekod jenayah lampau.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata,” katanya.
Pada Isnin, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan penahanan dua lelaki susulan insiden terbabit.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam pada Ahad itu, sekumpulan 11 hingga 12 individu tidak berpuas hati apabila tidak dibenarkan untuk membuat pesanan makanan di restoran terbabit.
Topic Berkaitan
#merusuh
#merusuh di restoran merusuh di Brickfields
#merusuh di Jalan Tun Sambanthan
#Ketua Polis Daerah Brickfields
#Asisten Komisioner Anuar Omar
#Ampang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan