TAWAU: Lima lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan sebut harga menyewa dan menguruskan kantin sekolah di Semporna, manakala seorang wanita turut didakwa bersubahat.
Kesemua mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat atas pertuduhan masing-masing yang dilakukan di Pejabat Pendidikan Daerah Semporna pada 2017.
Mohd Hafiz Irawan, 34, yang bekerja di bahagian penyelenggaraan sebuah syarikat, menghadapi tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu pada 26 Okt 2017 iaitu penyata akaun Maybank sebuah syarikat bertarikh 30 Jun, 31 Julai dan 31 Ogos pada tahun sama bagi mendapatkan sebut harga menyewa dan menguruskan kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lalang.
Mohd Hafiz juga dituduh menggunakan dokumen palsu pada 26 Okt 2017 iaitu salinan lesen berniaga sebuah syarikat bertarikh 3 Jan 2017 untuk tujuan sama.
Seorang lagi tertuduh, Masri Nulhadi, 45, yang tidak bekerja, menghadapi tiga pertuduhan menggunakan penyata akaun Maybank palsu sebuah syarikat bertarikh 30 Jun, 31 Julai dan 31 Ogos pada tahun sama bagi mendapatkan sebut harga menyewa dan menguruskan kantin SK Gelam-Gelam.
Isterinya Asmah Moong, 42, seorang suri rumah, menghadapi tiga pertuduhan bersubahat dengannya,
Sementara itu, tiga lagi tertuduh iaitu Abdul Jalil Mohammad Hassan, 52, yang tidak bekerja; pengendali bot Mohd Nasir Muhammad, 34; dan pembantu kedai runcit Darwin Kembal, 32, masing-masing menghadapi tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu, juga bagi tujuan mendapatkan sebut harga menyewa dan menguruskan kantin sekolah.
Kesemua mereka dituduh di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM10,000 oleh seorang penjamin tempatan bagi setiap tertuduh dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 2 Dis ini bagi Mohd Hafiz dan Mohd Nasir, manakala yang lain ditetapkan pada 1 Dis ini.
Pegawai Pendakwa Rekhraj Jaswant Singh mengendalikan pendakwaan manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 09 2022
Kesemua mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat atas pertuduhan masing-masing yang dilakukan di Pejabat Pendidikan Daerah Semporna pada 2017. - Gambar hiasan
[TERKINI] Sidang Media Perdana Menteri di Riyadh, Arab Saudi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media susulan lawatan kerja rasmi ke Mesyuarat Khas WEF 2024 di Riyadh Arab Saudi.
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
Buletin AWANI Khas: Asia Barat sedang ‘Stress’: Dialog menteri-menteri dunia Arab
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Beberapa Menteri Luar negara-negara Arab duduk sepentas di Mesyuarat Khas WEF, Riyadh dalam sesi ini.
#SpecialMeeting24
#SpecialMeeting24
AWANI Ringkas: Projek NTC | Sindiket Dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kilang cat terbakar, dua sekolah di Meru diarah ditutup
Penutupan dua buah sekolah terlibat iaitu SK Meru dan Sekolah Rendah Agama Meru 2 itu dibuat atas faktor keselamatan.
AWANI 7:45 [29/04/2024] – Meja bulat bersama 50 pemimpin industri dunia | Penggunaan komersial capai 80 peratus
PM yakin Malaysia jadi destinasi pelabur bernilai tinggi.
Kerajaan perkenal program solar untuk pengguna komersial.
Kelas Terapung dilaksana kawasan penduduk kepadatan tinggi.
Laporan Bank Dunia dedah hanya 58 peratus pelajar mahir membaca menjelang akhir darjah 5.
Kerajaan perkenal program solar untuk pengguna komersial.
Kelas Terapung dilaksana kawasan penduduk kepadatan tinggi.
Laporan Bank Dunia dedah hanya 58 peratus pelajar mahir membaca menjelang akhir darjah 5.
Malaysia perlu berani menentang Denmark
Hanya kemenangan menentang Denmark, kuasa besar badminton dunia, dalam aksi penting Kumpulan D Piala Thomas 2024 esok akan membawa Malaysia mendahului carta kedudukan.
Polis tembak kereta mewah bawa dadah lebih RM100,000
Polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan selepas pemandu kenderaan terbabit bertindak agresif dan cuba merempuh anggota polis .
Kontraktor mengaku salah lima pertuduhan menipu, didenda RM30,000 dan penjara sehari
Seorang kontraktor didenda RM30,000 dan satu hari penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berhubung kerja baik pulih rum
Lelaki didenda RM4,000 guna dokumen palsu mohon bantuan PPRT
Yushafiszam Yusof, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Mohd Azhar Othman hari ini.
SPRM tahan bapa, anak, disyaki guna dokumen palsu bekal minyak masak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan dua lelaki selepas disyaki menggunakan dokumen palsu bagi tujuan pembekalan minyak masak, empat tahun lepas.
Tiga pemilik syarikat mengaku salah guna dokumen palsu bagi kurangkan duti import kereta
Tiga pemilik syarikat mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan pengurangan duti kereta mewah.
Jual bayi: Bekas pembantu tadbir dihukum penjara lima tahun, denda RM90,000
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM90,000 terhadap seorang wanita yang didapati bersalah memperdagang bayi lelaki.
Didenda RM48,000 tipu tuntutan Program Penjana Kerjaya
Tertuduh didenda kerana mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM10,000, tiga tahun lepas.
Bekas Ketua Srikandi Bersatu Terengganu didenda palsukan dokumen
Bekas ketua Srikandi Bersatu Terengganu didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, selepas mengaku bersalah memalsukan dokumen berkaitan program "Kembali ke Sekolah", empat tahun lepas.
Dua individu mengaku salah palsukan hak milik tanah
Tiga individu didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi tujuan penukaran hak milik tanah.
Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen didalangi warga Pakistan
Anggota operasi menemukan peralatan elektronik antaranya komputer riba, mesin pencetak dan 246 keping kad plastik keras yang belum bercetak.
Pembantu tadbir kewangan Markas TLDM didenda RM20,000 guna dokumen palsu
Seorang pembantu tadbir kewangan di Markas Tentera Laut didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu.