awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima lelaki ditahan insiden merusuh di kedai makan

Sinar Harian
Sinar Harian
10/11/2023
04:50 MYT
Lima lelaki ditahan insiden merusuh di kedai makan
Polis menahan lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden merusuh di sebuah premis makan di Jalan Bunga Raya, Layang-Layang, di sini, 6 November lalu.
KLUANG: Polis menahan lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden merusuh di sebuah premis makan di Jalan Bunga Raya, Layang-Layang, di sini, 6 November lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kesemua lelaki warga tempatan berusia 18 hingga 20 tahun itu ditahan dalam lima tangkapan berasingan di rumah murah Layang-Layang, Taman Sri Kluang, Kluang dan di Jalan Tebrau, Johor Bahru.
“Pada 6 November lalu sekitar 10.37 malam, Polis Daerah Kluang menerima satu laporan polis berkaitan kejadian merusuh di sebuah kedai makan di Jalan Bunga Raya, Layang-Layang.
“Susulan laporan polis tersebut, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kluang telah membuat lima tangkapan berasingan di Rumah Murah Layang-Layang, Taman Sri Kluang, Kluang dan di Jalan Tebrau, Johor Bahru.
“Siasatan awal mendapati, suspek pertama dan kelima mempunyai satu rekod bersabit kes jenayah lampau manakala tiga lagi suspek didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian saringan air kencing terhadap kesemua suspek juga didapati negatif,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari mulai 8 November bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video tular
#gaduh di restoran
#Johor
#layang-layang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan