Skip to main content

Hiburan

Eurovision Asia: Aina Abdul sebak bukan kerana kecewa tetapi...

Aina berkata bersyukur apabila masih diberikan tenaga untuk memberikan persembahan terbaik sehingga hari terakhir pertandingan. - Foto Gempak
Aina berkata bersyukur apabila masih diberikan tenaga untuk memberikan persembahan terbaik sehingga hari terakhir pertandingan. - Foto Gempak

Ringkasan AI

  • Aina Abdul menzahirkan rasa sebak selepas gagal meraih kemenangan di Eurovision Asia Song Contest 2026, mengenangkan harapan tinggi rakyat Malaysia.
  • Penyanyi itu menyifatkan pengalaman bertanding di Bangkok sebagai sangat bermakna, walaupun jadual padat dan latihan intensif sepanjang pertandingan.
  • Aina berjaya meraih tempat keempat menerusi lagu Bluest Sky, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Advertisement

PENYANYI dan komposer, Aina Abdul mengalirkan air mata bukan kerana tidak dapat menerima kekalahannya di Eurovision Asia Song Contest 2026.

Menurut Aina, perasaan sebak itu hadir apabila mengenangkan sokongan dan impian ramai pihak yang mengharapkan dia mampu membawa pulang kejayaan buat Malaysia menerusi pertandingan berprestij tersebut.

“Nangis bukan bererti tidak menerima kekalahan, tetapi ada tangisan yang lahir bukan kerana kecewa pada diri sendiri, sebaliknya kerana terkenangkan harapan orang-orang di sekeliling yang begitu tinggi diletakkan di bahu ini.

Advertisement

“Berat rasanya apabila menyedari bahawa bukan hanya impian sendiri yang tidak kesampaian, tetapi turut ada harapan insan lain yang terpaksa kita bawa pulang bersama kekecewaan.

“Itulah saya, Aina Abdul,” tulisnya.

Advertisement

Bagaimanapun, pelantun lagu Sadis itu menyifatkan pengalamannya menyertai Eurovision Asia sebagai satu perjalanan yang cukup bermakna dan berbeza berbanding pengalaman seni yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Malah, dia bersyukur apabila masih diberikan tenaga untuk memberikan persembahan terbaik sehingga hari terakhir pertandingan.

“Tapi sejujurnya, saya sangat menikmati masa sepanjang berada di sini. Memang pengalaman yang sangat berbeza. Dengan jadual yang sangat padat, latihan dan raptai berkali-kali setiap hari, Alhamdulillah tenaga saya masih kekal sehingga hari terakhir.

“Kali ini saya berguru dengan Tok Naz, jadi vokal saya dijaga oleh beliau. Terima kasih cikgu atas tunjuk ajar dan ilmu yang cikgu bekalkan kepada saya setiap hari. Saya tidak pernah berasa sebebas ini dalam hidup saya, cikgu. Terima kasih!” tulisnya lagi.

Pada masa sama, Aina mengakui sangat gembira kerana dapat menterjemahkan persembahannya menerusi empat elemen yang dibawakan di pentas pertandingan.

“Air, Earth, Fire dan kini Water. Itu menandakan berakhirnya semua elemen dalam persembahan saya, bermula daripada Terus Hidup hinggalah ke Bluest Sky.

“Penceritaan memang sesuatu yang sangat menyeronokkan buat Aina. Semoga selepas ini akan ada lebih banyak lagu, cerita dan metafora,” katanya.

Terdahulu, Aina mewakili Malaysia dalam edisi sulung Eurovision Asia Song Contest 2026 yang berlangsung di Bangkok, Thailand pada 14 November lalu.

Aina berjaya menduduki tempat keempat menerusi persembahan lagu Bluest Sky, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di pentas pertandingan muzik antarabangsa itu. -- Gempak
 

Must Watch Video

Advertisement