SHAH ALAM: Lima lelaki termasuk seorang warga Bangladesh dipercayai terlibat dalam penyelewengan bahan api bersubsidi jenis diesel ditahan dalam operasi di sebuah stesen minyak di Seksyen 22, di sini, Isnin lepas.
Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor Mohd Khairi Jamaludin berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun ditahan dalam operasi pada pukul 10.30 malam ketika sedang leka mengisi diesel ke dalam dua lori jenis bonded dan satu lori kontena.
"Kesemua pemandu lori tersebut dan warga asing yang merupakan pekerja stesen minyak turut ditahan dan aktiviti pengisian yang dilakukan berjaya dihenti oleh pasukan serbuan terdiri daripada KPDN Selangor dengan kerjasama polis," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Terdahulu operasi pada malam itu dilaksanakan susulan daripada aduan yang diterima berhubung terdapat aktiviti pergerakan kenderaan jenis lori membuat pengisian minyak diesel secara berulang di stesen minyak yang sama.
"Susulan situasi tersebut, pasukan serbuan telah membuat pemeriksaan lanjut terhadap stesen minyak berhubung urus niaga bahan api diesel yang dilihat mencurigakan. Kita juga telah memanggil pemilik stesen minyak tersebut untuk membantu siasatan," katanya.
Menerusi serbuan itu, pihaknya telah menyita bahan api dipercayai diesel berjumlah 13,802 liter bernilai RM29,674, wang tunai RM20,000 dan tiga lori dengan nilai keseluruhan mencecah RM250,000.
Hasil siasatan pihaknya, Mohd Khairi berkata sindiket tersebut bergerak aktif bermula pukul 9 malam hingga 1 pagi setiap hari dengan kesemua diesel bersubsidi itu dihantar ke stor penyimpanan di kawasan berdekatan sebelum dijual secara haram dipercayai untuk kegunaan industri dan diseludup ke luar negara.
"Hasil pemeriksaan lori-lori digunakan itu tidak mempunyai lesen dan permit bagi tujuan urusan barangan kawalan daripada KPDN dan kini kita sedang mengesan pemilik lori tersebut bagi siasatan lanjut.
Kelima-lima suspek kini direman empat hari sehingga Jumaat ini dan kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023
Operasi itu dilaksanakan susulan daripada aduan yang diterima berhubung terdapat aktiviti pergerakan kenderaan jenis lori membuat pengisian minyak diesel secara berulang di stesen minyak yang sama. - Gambar hiasan
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Lima lelaki ditahan ketika leka isi diesel ke dalam lori
Kesemua suspek ditahan ketika sedang leka mengisi diesel ke dalam dua lori jenis bonded dan satu lori kontena.