awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima pelajar sekolah dalangi kegiatan curi Honda EX5 ditahan polis

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/06/2022
06:15 MYT
Lima pelajar sekolah dalangi kegiatan curi Honda EX5 ditahan polis
Kesemua suspek yang berusia 14 hingga 16 tahun itu mempunyai kemahiran untuk menghidupkan motosikal jenis Honda EX5 dengan hanya menyambung wayar. - Gambar ihsan IPD Ampang Jaya
AMPANG JAYA: Polis memberkas lima pelajar sekolah selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti mencuri motosikal jenis Honda EX5 di sekitar Ampang Jaya, di sini dalam beberapa serbuan berasingan, pada Rabu lalu.
Siasatan mendapati, suspek berusia 14 hingga 16 tahun itu mempunyai kemahiran untuk menghidupkan motosikal jenis Honda EX5 dengan hanya menyambung wayar.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis menahan mereka secara berasingan antara pukul 6.30 petang dan 11 malam, Rabu lalu.
"Dengan ini, kita berjaya menyelesaikan lapan kes di sekitar Ampang Jaya dengan merampas lapan buah motosikal jenis Honda EX5 daripada suspek," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Menurut Mohamad Farouk, kesemua lima suspek itu direman sehingga 29 Jun ini bagi membantu siasatan.
Kes itu, katanya, disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri kenderaan motor atau mana-mana komponen kenderaan motor.
Jika disabit dengan keselamatan mereka boleh dihukum penjara minimum satu tahun dan maksimum tujuh tahun, serta boleh dikenakan denda.
Topic Berkaitan
#pelajar sekolah
#geng curi Honda EX5
#Polis Diraja Malaysia
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan