Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 315 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP dan seramai 3 individu telah direman manakala 312 individu pula dikenakan kompaun atas beberapa kesalahan.

Berikut merupakan lima perkara penting dalam kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada 2 ogos

1) PDRM menahan 315 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP.

2) 28 individu dikenakan kompaun, gagal mematuhi SOP kuarantin di rumah.

3) Sebanyak 63,473 pemeriksaan telah dijalankan bagi memantau SOP PKPP.

4) Seramai 4,286 individu telah pulang ke tanah air menerusi pintu masuk sempadan antarabangsa.

5) 64 Sekatan jalan raya dijalankan menerusi Op Benteng bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).