Kerajaan menerusi Kementerian Wilayah Persekutuan akan melaksanakan lima program berskala besar bagi membantu menyelesaikan masalah miskin bandar dan kehilangan kerja, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata pengumuman program itu dijadualkan dibuat secara berperingkat mulai minggu hadapan menunjukkan kerajaan mendengar dan prihatin kepada permasalahan rakyat khususnya golongan miskin bandar.
Selain itu, Annuar berkata beliau juga akan bertemu dengan pengusaha dan pemilik firma atau syarikat kontraktor besar pada Selasa ini, untuk berbincang mengenai peluang pekerjaan yang boleh ditawarkan oleh mereka kepada rakyat tempatan di Wilayah Persekutuan.
"Sebelum ini kita hanya meluluskan pelan dan mereka yang menentukan siapa yang hendak diambil bekerja termasuk pekerja asing. Tetapi dalam keadaan pascapandemik wabak COVID-19, kita lihat ramai yang hilang kerja atau jatuh miskin kerana tidak dapat meneruskan perniagaan seperti biasa.
"Apa yang kita cuba lakukan ialah membantu mereka supaya syarikat ini secara sukarela menyenaraikan jumlah pekerja yang mereka perlukan dan jika boleh, kita minta keutamaan diberikan kepada warga tempatan yang benar-benar memerlukan kerja itu," katanya.
Annuar berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau keadaan 44 gelandangan dari Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur yang sedang menjalani rawatan di Drugs Intervention Community Malaysia di Sungai Soi di sini, pada Sabtu.
Beliau juga optimis pertemuan itu dapat menawarkan lebih 5,000 peluang pekerjaan dan selain sektor pembinaan, kementeriannya juga meninjau peluang untuk mereka yang mencari kerja melibatkan diri dalam bidang perniagaan atau penjajaan.
"Kita akan cuba permudahkan untuk mereka yang ingin bekerja atau berniaga kerana sebelum ini, banyak peluang berniaga diambil warga asing sehinggakan ada antara mereka menjadi kaya-raya di sini. Seharusnya, peluang itu diberikan kepada rakyat tempatan," katanya.
Mengulas mengenai lawatan itu, Annuar berkata semua gelandangan terlibat secara sukarela menawarkan diri untuk menjalani rawatan mulai pertengahan bulan ini, untuk tempoh sehingga tiga bulan dengan kos dibiayai kementeriannya.
Proses pemulihan itu, menurut Annuar, perlu dilakukan sebelum mereka boleh mengubah kehidupan sama ada dengan mencari kerja atau mengikuti kelas kemahiran sebagai persediaan untuk kembali kepada masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 20 2020
Annuar (kiri) bersama-sama menikmati buah durian dengan golongan gelandangan yang menjalani kursus 'Latihan Pembangunan Sahsiah Diri' di Casa Villa dekat Kampung Sungai Soi, Kuantan, 20 Jun, 2020. --fotoBERNAMA
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.