awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima pulau pelancongan utama di Terengganu selamat untuk dikunjungi - Polis

Astro Awani
Astro Awani
04/03/2022
01:20 MYT
Lima pulau pelancongan utama di Terengganu selamat untuk dikunjungi - Polis
Pengunjung yang bimbang dengan situasi semasa disaran mendapatkan maklumat daripada pihak pengusaha resort yang beroperasi di kawasan peranginan yang ingin dikunjungi. - Gambar hiasan
KEMAMAN: Kesemua lima pulau pelancongan utama di negeri ini telah beroperasi sepenuhnya dan kini selamat untuk dikunjungi pelancong.
Ia membabitkan Pulau Perhentian di Besut, Pulau Kapas di Marang, Pulau Tenggol di Dungun, Pulau Redang dan Lang Tengah di Kuala Nerus.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, pengunjung yang telah membuat tempahan pakej pelancongan di pulau peranginan berkenaan tidak perlu menangguh atau membatalkan percutian mereka.
Justeru, pengunjung yang bimbang dengan situasi semasa disaran mendapatkan maklumat daripada pihak pengusaha resort yang beroperasi di kawasan itu.
"Di sini ingin saya memaklumkan, kesemua pulau telah menjalankan operasi atau pusat peranginan mereka dan resort-resort mereka beroperasi seperti biasa.
"Setakat ini, kelima-lima pulau di Terengganu, yang merupakan 'hotspot' pelancongan, telah pun dibuka dan Insya-Allah tidak ada masalah.
"Sebanyak 20 resort telah melaporkan pada pihak kita yang mereka beroperasi seperti biasa, dengan jumlah keseluruhan lebih 500 pengunjung," katanya.
Sebelum ini, kira-kira 400 pelancong terkandas di Pulau Perhentian pada 28 Feb lalu, ekoran cuaca buruk yang melanda Terengganu, sebelum keadaan kembali pulih sejak tiga hari lalu.
Topic Berkaitan
#Rohaimi Md Isa
#pelancongan
#pulau utama di Terengganu
#percutian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan