awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima remaja, seorang kanak-kanak terperangkap akibat kepala air di Nilai

Bernama
Bernama
12/05/2024
14:32 MYT
Lima remaja, seorang kanak-kanak terperangkap akibat kepala air di Nilai
Kata Bakarya, mangsa terdiri daripada tiga remaja berusia 14, dua lagi mangsa berusia 16 dan 17 tahun dan seorang kanak-kanak 10 tahun terperangkap di atas batu sungai akibat kepala air susulan hujan lebat. - Gambar FB JBPM
NILAI: Lima remaja dan seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap di atas batu di tengah Sungai Batang Labu Batu 9, Kampung Tebing Tinggi di sini dalam kejadian kepala air, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, Bakarya Mohd Salleh berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 5.09 petang sebelum sembilan anggota BBP Nilai dan tiga anggota bomba sukarela terbabit dalam operasi menyelamat mangsa.
Katanya mangsa terdiri daripada tiga remaja berusia 14, dua lagi mangsa berusia 16 dan 17 tahun dan seorang kanak-kanak 10 tahun terperangkap di atas batu sungai akibat kepala air susulan hujan lebat.
"Menurut mangsa, mereka sedang mencari telefon yang jatuh...pihak kami menggunakan teknik penyelamatan 'high line' bagi membawa keluar mangsa ke tempat selamat menggunakan jaket keselamatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kesemua mangsa diselamatkan pada jam 6.40 petang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kepala air
#detik cemas
#hujan lebat
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan