Skip to main content

Malaysia

Lima sekeluarga maut kebakaran: Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah buat waris mangsa

KUANTAN, 26 Februari 2026 - Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan sedalam-dalam ucapan takziah kepada waris lima sekeluarga yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Dong, Raub awal pagi tadi.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang, baginda berdua menyatakan rasa amat dukacita atas kejadian menyayat hati yang berlaku pada bulan Ramadan yang mulia ini. -Foto Facebook

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada waris lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Dong, Raub, awal pagi tadi.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang, baginda berdua menyatakan rasa amat dukacita atas kejadian menyayat hati yang berlaku pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Advertisement

"Berharap agar seluruh ahli keluarga kesemua mangsa dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ketentuan dan takdir Allah SWT.

"Baginda berdua turut mendoakan agar roh kesemua mangsa yang meninggal dunia dalam bulan Ramadan yang mulia dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang dikasihi," menurut hantaran itu hari ini.

Tragedi yang berlaku kira-kira jam 3.40 pagi itu meragut nyawa Mohd Awi Muhammad, 56, dan isterinya, Zaleha Adam @ Ibrahim, 44.

Turut terkorban tiga anak perempuan pasangan itu, Ruby Adira Batrisya, 17; Ruby Adlina Banin, 14; dan Ruby Azyan Barizah, 10.

Terdahulu, media melaporkan kesemua mangsa ditemukan rentung setelah rumah mereka musnah sepenuhnya dalam kebakaran tersebut yang turut melibatkan kemusnahan beberapa kenderaan. 

Must Watch Video