awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima sungai di Pahang lepasi paras bahaya

Sinar Harian
Sinar Harian
26/12/2023
06:00 MYT
Lima sungai di Pahang lepasi paras bahaya
Keadaan semasa paras air Sungai Lembing pada Isnin. -Foto Bernama
KUANTAN: Lima sungai di Pahang melepasi paras bahaya dan 13 sungai tahap amaran susulan hujan masih berterusan sejak Sabtu lalu.
Selain itu, 10 sungai rekod bacaan paras waspada setakat jam 10 pagi, Selasa.
Berdasarkan laman web publicinfobanjir.water.gov.my, lima sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Tembeling di Kampung Bantal Seberang, Jerantut direkodkan 106.55 meter (m) berbanding 106m; Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan (15.46m) dan Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran (28.13m).
Dua sungai di daerah Rompin turut merekodkan bacaan bahaya iaitu Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin (28.13m) dan bacaan Sungai Pukin pula 11.65m.
Menerusi laman sesawang itu, sebanyak 13 sungai pada tahap amaran membabitkan daerah Jerantut, Kuantan, Lipis, Maran, Pekan, Bera, Raub, dan Temerloh.
Sungai yang terlibat ialah Sungai Kuala Tahan, Jerantut; Sungai Pahang di Jerantut Feri; Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut; Sungai Pahang Waterfront, Bera: Sungai Jelai di Bukit Betong, Lipis; Sungai Kechau di Kampung Dusun, Lipis;Sungai Jelai di Jeram Bungor, Lipis; Sungai Jempol di Ran Felda Jengka, Maran; Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh; Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Kuantan; Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan; Sungai Rompin di Jam Kuantan/ Segamat dan Sungai Pahang di Temerloh (Lubuk Pasu).
Sementara itu, 10 sungai yang melepas paras waspada adalah, Sungai Belat di Jambatan Gambang, Kuantan; Kuala Medang, Lipis; Sungai Pahang di Kampung Chenor, Maran;Sungai Pahang di Lubok Paku, Maran dan Sungai Pahang di Kampung Peruas, Raub.
Seterusnya, Sungai Jelai di Jeti Lipis; Sungai Semantan di Jam Keretapi Mentakab, Temerloh;Sungai Pahang di Sungai Yap, Jerantut dan Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan serta Sungai Pahang di Lubok Paku, Maran.
Setakat ini hanya Sungai Pahang Tua, Pekan masih merekodkan bacaan normal iaitu 4.75m.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih. -Sinar Harian
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir pahang
#Sungai Lembing
#paras bahaya
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan