awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima suspek sindiket penipuan parcel tumpas

Astro Awani
Astro Awani
12/03/2018
11:29 MYT
Lima suspek sindiket penipuan parcel tumpas
Kesemua mereka ditahan dalam dua serbuan di Desa Aman Puri, Kepong, Gombak, Selangor semalam. - Foto Astro AWANI
Lima ditahan termasuk dua wanita dan salah seorang daripadanya warga Filipina kerana terlibat dalam sindiket penipuan parcel scam apabila kegiatan mereka dibongkar.
Manakala salah seorang suspek maut selepas terjatuh ketika melarikan diri ketika pasukan polis membuat serbuan kedua di apartmen di Desa Aman.
Kesemua mereka ditahan dalam dua serbuan di Desa Aman Puri, Kepong, Gombak, Selangor semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah malam susulan aduan dibuat seorang mangsa wanita tempatan yang ditipu pada Disember lalu.
Dalam serbuan pertama polis menahan seorang lelaki Nigeria dan wanita Filipina .
“Hasil soal siasat membawa kepada serbuan kedua kira-kira pukul 1.30 pagi, bagi berjaya menahan dua warga Nigeria seorang lelaki dan dua wanita dan seorang lagi ditemui mati di bawah bangunan ketika cuba melarikan diri.
“Polis juga terpaksa memotong jeriji pintu rumah kedua sebelum dapat menahan seorang lelaki dan wanita warga Nigeria berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini.
Menurutnya, hasil tangkapan, polis merampas beberapa buah komputer riba dan telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk kegiatan menipu mangsa.
Kesemua suspek ditahan reman selama 13 hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan.
Setakat ini sebanyak 84 kes melibatkan penipuan internet tahun 2017 dengan 70 tangkapan termasuk 28 wanita serta kerugian RM531,660.
Topic Berkaitan
#Ali Ahmad
#Bongkar
#Desa Aman
#desa aman puri
#Filipina
#Gombak
#kepong
#Nigeria
#parcel scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan