awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima tempat di KL untuk orang ramai menjamu selera

Bernama
Bernama
29/11/2014
04:11 MYT
Lima tempat di KL untuk orang ramai menjamu selera
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata pihaknya telah menyediakan panduan perjalanan ke tempat itu iaitu Brickfields, Old Kuala Lumpur (Chinatown of KL), Jalan Alor, Pudu dan Kampung Baru.
Lima tempat popular di bandar raya ini telah dipilih untuk pelancong dan orang ramai mencuba pelbagai jenis makanan tempatan bersempena program 'KL Food Trails' yang pertama kali diadakan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata pihaknya bersama Unit Pelancongan VisitKL dan majalah Time Out KL telah menyediakan panduan perjalanan dan pakej untuk tempat itu iaitu Brickfields, Old Kuala Lumpur (Chinatown of KL), Jalan Alor, Pudu dan Kampung Baru.
"Kelima-lima kawasan berkenaan telah dijaga dengan baik bagi mengekalkan budaya dan makanannya," katanya ketika merasmikan KL Food Trails di ibu negara, Jumaat.
Beliau berkata terdapat kira-kira 5,000 restoran di ibu negara dan berharap lebih banyak pengusaha restoran dan kedai makan terlibat untuk menjayakan program itu.
Katanya, pihaknya sedang mengatasi masalah kewujudan pekerja restoran warga asing bagi menjamin keaslian budaya dan identiti tempat makan di Kuala Lumpur.
Sementara itu Chef Norman Musa yang dilantik sebagai Duta Makanan Kuala Lumpur berkata selain mempromosi keunikan makanan tempatan di televisyen, radio dan media sosial, beliau juga akan menjelajah Eropah bagi memperkenalkan menu makanan Malaysia..
"Menerusi lawatan ini, saya akan menunjukkan demonstrasi masakan Malaysia kepada chef-chef di sana supaya mereka boleh memasak masakan Malaysia dan memasukkan nama Malaysia dalam menu mereka," katanya.
Maklumat lanjut mengenai program itu boleh dilayari di www.simplyenak.com/klfoodtrails.
Topic Berkaitan
#Ahmad Phesal Talib
#Chef Norman Musa
#KL Food Trails
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan