awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
EFL: Man City tewaskan Newcastle 3-1, mara ke final
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima ulat parkir ditahan di Melaka

Bernama
Bernama
04/05/2024
03:00 MYT
Lima ulat parkir ditahan di Melaka
Anggota Penguat Kuasa MBMB dan polis menahan lima 'ulat parkir' dipercayai aktif mengutip caj parkir tanpa lesen di tapak letak kereta awam dalam operasi khas di Kampung Hulu. - Foto BERNAMA
MELAKA: Lima 'ulat parkir' yang membuat kutipan parkir tanpa lesen di tapak letak kereta awam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ditahan dalam operasi khas di Kampung Hulu di sini malam tadi.
Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata tiga lelaki dan dua wanita tempatan berusia 44 hingga 47 tahun itu ditahan dalam operasi melibatkan polis, anggota penguat kuasa MBMB dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bermula 9 malam tadi.
Beliau yang ditemui pemberita selepas operasi berkenaan berkata pihak berkuasa turut merampas wang tunai RM75 dipercayai hasil kutipan parkir secara haram.
Katanya siasatan awal mendapati kumpulan ulat parkir berkenaan mula aktif mengutip bayaran parkir pada harga antara RM5 hingga RM10 bagi sebuah kereta sejak sebulan lepas dan mereka dipercayai mampu meraih kutipan sehingga RM300 satu malam.
"Dalam operasi yang dijalankan, anggota penguat kuasa melakukan penyamaran dan kesemua individu terbabit sedang menjaga kawasan parkir berkenaan dan mengutip bayaran daripada orang awam," katanya.
Menurutnya kawasan parkir awam MBMB itu hanya mengenakan bayaran parkir kenderaan sehingga 6 petang, namun kumpulan ulat parkir tersebut kemudian mengambil kesempatan membuat kutipan secara haram.
Shadan berkata ujian saringan air kencing mendapati dua lelaki dan seorang wanita yang ditahan itu positif dadah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ulat parkir
#MBMB
#operasi khas
#Shadan Othman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan