MELAKA: Lima 'ulat parkir' yang membuat kutipan parkir tanpa lesen di tapak letak kereta awam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ditahan dalam operasi khas di Kampung Hulu di sini malam tadi.
Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata tiga lelaki dan dua wanita tempatan berusia 44 hingga 47 tahun itu ditahan dalam operasi melibatkan polis, anggota penguat kuasa MBMB dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bermula 9 malam tadi.
Beliau yang ditemui pemberita selepas operasi berkenaan berkata pihak berkuasa turut merampas wang tunai RM75 dipercayai hasil kutipan parkir secara haram.
Katanya siasatan awal mendapati kumpulan ulat parkir berkenaan mula aktif mengutip bayaran parkir pada harga antara RM5 hingga RM10 bagi sebuah kereta sejak sebulan lepas dan mereka dipercayai mampu meraih kutipan sehingga RM300 satu malam.
"Dalam operasi yang dijalankan, anggota penguat kuasa melakukan penyamaran dan kesemua individu terbabit sedang menjaga kawasan parkir berkenaan dan mengutip bayaran daripada orang awam," katanya.
Menurutnya kawasan parkir awam MBMB itu hanya mengenakan bayaran parkir kenderaan sehingga 6 petang, namun kumpulan ulat parkir tersebut kemudian mengambil kesempatan membuat kutipan secara haram.
Shadan berkata ujian saringan air kencing mendapati dua lelaki dan seorang wanita yang ditahan itu positif dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
Anggota Penguat Kuasa MBMB dan polis menahan lima 'ulat parkir' dipercayai aktif mengutip caj parkir tanpa lesen di tapak letak kereta awam dalam operasi khas di Kampung Hulu. - Foto BERNAMA
TPM Zahid lakukan kunjungan hormat ke atas PM China, Li Qiang
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri China, Li Qiang di Rumah Tamu Negara Diaoyutai di Beijing.
#AWANI745
#AWANI745
Majoriti pesakit di wad terima rawatan kerana masalah respiratori
Seramai 5,681 jemaah haji Malaysia menerima rawatan di Pusat Rawatan Tabung Haji di Madinah dan Mekah setakat ini., kata Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr. Marsudi Manah. Jumlah itu direkod sejak hari pertama ketibaan jemaah haji KT01 sehingga Isnin.
#AWANI745
#AWANI745
Lelaki Bangladesh mengaku bersalah tawar suapan kepada polis
Seorang lelaki Bangladesh dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini selepas mengaku bersalah menawarkan rasuah RM249 kepada anggota polis pada Januari lalu.
#AWANI745
#AWANI745
[TERKINI] Tidak adil desak Hannah letak jawatan
Desakan bekas pemimpin DAP Pulau Pinang P. Ramasamy supaya Hannah Yeoh meletak jawatan bersifat tidak adil.
RM2 juta disalur kepada Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi
TBKK diwujudkan bagi membantu koperasi-koperasi yang terjejas dan menghadapi masalah khususnya akibat bencana alam atau faktor-faktor lain di luar kawalan.
[TERKINI] Tiga kereta rosak dihempap pokok
Tiga kereta rosak dihempap pokok ketika hujan lebat dan angin kencang di Apartmen Sri Kemboja, Bukit Sentosa.
SPRM dan peguam capai persetujuan tempoh
SPRM setuju membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri tun Dr Mahathir Mohamad.
Bantahan pelajar pro-Palestin: Universiti Copenhagen akur, lepas 3 syarikat beroperasi di Tebing Barat
Universiti Copenhagen mengumumkan pada Selasa ia akan melepaskan tiga entiti komersial yang beroperasi di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Anadolu (AA).
Rakyat Afrika Selatan mula mengundi dalam pilihan raya umum
Rakyat Afrika Selatan mula mengundi pada pagi Rabu untuk pilihan raya umum 2024 negara itu.
PM Anwar mahu produk kewangan Islam jadi teras pembangunan ekonomi - Fahmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu produk kewangan Islam seperti sukuk dibangunkan supaya menjadi antara produk penting dan teras untuk pembangunan sektor ekonomi kewangan Islam.
Lima ulat parkir ditahan di Melaka
Ujian saringan air kencing mendapati dua lelaki dan seorang wanita yang ditahan itu positif dadah.
Bukan semua parkir boleh digunakan tanpa bayaran - DBKL
DBKL memaklumkan terdapat 11 parkir kereta yang telah dilesenkan sebagai joki parkir di sekitar bandar raya ini.
DBKL diarah tingkat rondaan atasi ulat parkir
DBKL diarah meningkatkan rondaan dan pemantauan di sekitar ibu negara bagi menangani aktiviti ulat parkir yang mengundang resah warga kota.
Pertambahan kenderaan, faktor 'ulat parkir' kembali rancak di Ipoh - Datuk Bandar
MBI peka dengan rungutan dan isu berkaitan ulat parkir, di samping sudah menjalankan penguatkuasaan bersama pihak polis.
Polis Perak minta orang ramai jangan bayar kepada 'ulat parkir'
Orang ramai sebaliknya perlu melaporkan aktiviti itu kepada pihak berkuasa secepat mungkin untuk diambil tindakan.
Ulat parkir: Hari ini insaf, esok buat balik
Ramai kini pernah menjadi mangsa 'ulat parkir' dan kehadiran mereka seolah-olah menjadi igauan warga bandar sekitar Kuala Lumpur dan juga di beberapa kawasan di Selangor.