awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ulat parkir: Hari ini insaf, esok buat balik

Astro Awani
Astro Awani
29/05/2016
07:45 MYT
Ulat parkir: Hari ini insaf, esok buat balik
Antara kawasan operasi ialah Uptown Seksyen 24 Shah Alam, Jalan Raja Uda dekat Kampung Baru dan Jalan Sultan Sulaiman di ibu negara. - Gambar fail
Beginilah hakikatnya.
Ramai pemandu kereta kini 'tumpas' dan menjadi mangsa 'ulat parkir' dan kehadiran mereka seolah-olah menjadi igauan warga bandar sekitar Kuala Lumpur dan juga di beberapa kawasan di Selangor.
Baru-baru ini, satu operasi khas telah dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bagi menangkap kegiatan ulat yang memaksa pemandu membayar wang ketika parkir kenderaan.
Operasi ini dijalankan atas hasil aduan orang awam.
Menurut Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk V Valluvan Vello, operasi itu membabitkan 36 pegawai dan anggota JPJ yang ditempatkan di beberapa kawasan.
Antara kawasan operasi ialah Uptown Seksyen 24 Shah Alam, Jalan Raja Uda dekat Kampung Baru dan Jalan Sultan Sulaiman di ibu negara.
Difahamkan, sembilan lelaki yang berada dalam linkungan usia 28 hingga 33 tahun ditahan, dan tiga daripada mereka dikesan positif dadah selepas ujian saringan air kencing.
Malah, seorang warga Bangladesh yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia selepas didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalam 1987 yang memperuntukan denda RM 2,000 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#Jabatan Imigresen Malaysia
#JPJ
#ulat parkir
#V Valluvan Vello
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan