awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Limbang dilanda banjir kilat awal pagi

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
11/01/2022
01:53 MYT
Limbang dilanda banjir kilat awal pagi
Hujan luar biasa ini menyebabkan paras air di beberapa batang sungai utama naik ke paras waspada. - Astro AWANI
KUCHING: Hujan lebat yang turun awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Limbang mengalami banjir kilat.
Menurut Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, air yang naik pada awal pagi tadi menenggelamkan beberapa kawasan di bandar Limbang.
"Antara kawasan yang turut terjejas termasuk Jalan 7 Batu Keliling, Taman Damai, Taman Indah dan kuarters IPD Limbang.
Namun jelasnya, keadaan banjir ketika ini terkawal selepas air sungai mula surut.
"Air sungai mula menunjukkan surut dan ini melegakan keadaan," tambahnya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian di Kuching, Samarahan dan Serian kini sedang memantau paras sungai masing-masing berikutan hujan yang turun sejak jam 3 pagi tadi.
Hujan luar biasa ini menyebabkan paras air di beberapa batang sungai utama naik ke paras waspada.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan akan berlaku sehingga malam terutama di kawasan Kuching hingga Mukah, selain ribut petir di Miri dan Limbang pada sebelah petang.
MetMalaysia turut melaporkan semalam, bahawa tumpuan angin dijangka berlaku di Sarawak bermula hari ini, yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan tengah dan barat Sarawak.
Sehubungan itu, agensi tersebut mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan di kawasan tersebut berkuat kuasa 11 hingga 13 Januari.
Topic Berkaitan
#banjir
#hujan lebat
#banjir kilat
#air sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan