awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Linda Yaccarino letak jawatan CEO X

Amanz
Amanz
10/07/2025
03:40 MYT
Linda Yaccarino letak jawatan CEO X
Yaccarino (foto) menyatakan penghargaan terhadap peluang yang diberikan dan Elon Musk turut mengucapkan terima kasih atas sumbangannya. -Amanz
ERA X di bawah pimpinan CEO Linda Yaccarino tamat secara mengejut lewat malam semalam selepas beliau mengumumkan peletakan jawatan menerusi akaun peribadi beliau.

Ringkasan AI
  • Linda Yaccarino meletak jawatan secara mengejut sebagai CEO X tanpa memberikan sebab, sehari selepas kontroversi melibatkan Grok yang memuat naik kandungan pro Nazi.
  • Yaccarino menyatakan penghargaan terhadap peluang yang diberikan dan Elon Musk turut mengucapkan terima kasih atas sumbangannya.
  • Peletakan jawatan berlaku ketika X berdepan tekanan reputasi dan persaingan daripada Threads, serta dalam fasa penggabungan dengan syarikat AI Musk, xAI.

Tiada sebab diberikan kerana tidak kedengaran sebarang ura-ura ia akan berlaku dan Yaccarino tidak menjelaskannya dalam hantaran beliau.
After two incredible years, Ive decided to step down as CEO of . When @elonmusk and I first spoke of his vision for X, I knew it would be the opportunity of a lifetime to carry out the extraordinary mission of this company. Im immensely grateful to him for entrusting me
— Linda Yaccarino (@lindayaX) July 9, 2025
Yaccarino dilantik menjadi CEO X pada Mei 2023 ketika syarikat berhadapan dengan isu pengiklan meninggalkan platform dan jumlah pengguna semakin susut disebabkan oleh tindakan pemiliknya Elon Musk.
Walaupun Yaccarino tidak memberikan sebab beliau meninggalkan X secara tergesa-gesa, muncul spekulasi ia berkait dengan isu Grok yang memberikan jawatan pro Nazi di X awal pagi semalam dan menggelarkannya dirinya MechaHitler secara tiba-tiba.
Walaupun banyak syarikat kembali mengiklankan produk di X bagi mengelakkan disaman, pendapatan syarikat masih belum pulih ke tahap sebelum ia dibeli oleh Musk.
Pada waktu ini jumlah pengguna Threads semakin hampir menyamai X kerana berlaku penghijrahan besar-besaran ke platform alternatif.
Ketika artikel ditulis Elon Musk belum memberikan kenyataan dan pengganti Yaccarino juga belum diumumkan. -Amanz
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Linda Yaccarino
#letak jawatan
#CEO X
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan