Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM300 sehingga RM3,500 secara bulanan, bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar daerah itu.
Tiga suspek berkenaan berusia antara 41 tahun hingga 49 tahun ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya, selepas mereka dipanggil untuk memberi keterangan pada 9 pagi tadi.
Sumber berkata mereka yang ditahan terdiri daripada dua pegawai penguatkuasa dari MBSA Cawangan Sungai Buloh dan seorang daripada MBSA Shah Alam.
“Selain itu, SPRM turut menahan peniaga rokok seludup berbangsa Aceh seperti yang diceritakan dalam video itu, kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi tindakan lanjut.
“Peniaga berkenaan telah beroperasi sejak 2019 dan dia dikatakan membayar wang rasuah sebanyak RM300 sebulan kepada penguatkuasa, bagi mengelakkan sebarang tindakan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Pada Ahad, tular dua klip video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut, yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi, serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.
Susulan pendedahan itu, SPRM melakukan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dan mendapat kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, bagi menyiasat dakwaan itu.
Sumber itu berkata, hasil siasatan awal SPRM mendapati penguatkuasa yang ditahan dipercayai menerima rasuah antara ratusan hingga ribuan ringgit sebulan, bagi sebuah premis perniagaan.
“Ini termasuklah premis-premis yang menjalankan perniagaan kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok, gerai-gerai yang menjalankan perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan dan premis perjudian,” katanya.
Sumber juga mendedahkan, terdapat pihak berkuasa berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi-operasi, yang akan dilaksanakan.
“Ini menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan telah diketahui awal oleh peniaga-peniaga haram ini,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi Bernama, mengesahkan kesemua tangkapan berkenaan.
“SPRM percaya kutipan rasuah ini dibuat secara berperingkat dalam kalangan anggota penguatkuasa.
“Saya menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berhubung aktiviti rasuah dalam kalangan penguatkuasa, tampil memberikan kerjasama,” katanya.
Ahmad Khusairi berkata identiti dan maklumat pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, manakala kesemua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi esok, bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 11 2020

Tiga suspek berkenaan berusia antara 41 tahun hingga 49 tahun ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya, selepas mereka dipanggil untuk memberi keterangan pada 9 pagi tadi. - Gambar fail

SKMM sasar capaian internet 100 peratus di Sabah
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sabah sasar capaian internet di Sabah capai 100 peratus

Agong berkenan rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun, Labuan.

JIM Sabah tumpas sindiket pemalsuan dokumen permit
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen permit masuk menerusi dua operasi berasingan di daerah Kota Kinabalu.

47 penduduk Kampung Tawau Lama tinggal sehelai sepinggang
Itu nasib yang menimpa hampir 50 mangsa kebakaran melibatkan sepuluh ketua isi rumah yang tinggal sehelai sepinggang selepas tiga buah rumah kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran di Kampung Tawau Lama, Tawau Sabah.

KPWK akan bekerjasama dengan UNICEF
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) akan bekerjasama dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam meneliti garis ukur kemiskinan kanak-kanak sekaligus mengukuhkan sistem pembelajaran pra sekolah di Sarawak.

Kongsi rezeki, pemuda jual nasi lemak RM1
Peniaga jual Nasi Lemak RM1 sebagai semangat berkongsi rezeki dengan pelanggannya sempena Ramadan.

Pengurusan tanah perkuburan diseragamkan
Kerajaan Sarawak menambah keluasan tanah perkuburan islam semariang dan membangunkan beberapa tanah perkuburan di Kuching bagi menampung jumlah jenazah yang dirangka sehingga tahun 2050. Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengurusan tanah perkuburan tersebut juga diseragamkan dengan pendigitalan simpanan data agar lebih sistematik dan memudahkan urusan keluarga jenazah.

Titik berat soal kebersihan apabila pilih lokasi bazar
Selain pilihan juadah dan harga berpatutan, Pengunjung Bazar Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu turut pentingkan kebersihan sesebuah bazar.

Lelaki maut gantung diri di Flat Cheras
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tergantung sebelum disahkan meninggal dunia di ruang tamu sebuah rumah di flat perumahan di Cheras pada malam Khamis.

Kebanyakan kontrak kerajaan diraih menerusi tender terbuka - Datasonic
Datasonic Group Bhd berkata kebanyakan daripada sembilan kontrak yang diperoleh daripada kerajaan berjumlah RM1.1 bilion dimenangi melalui tender terbuka.

Lima jenayah dikenal pasti ancaman pengubahan wang haram tinggi negara
Laporan Penilaian Risiko Kebangsaan (NRA) 2020 mengenal pasti lima jenayah utama yang menyumbang kepada ancaman kegiatan pengubahan wang haram yang tinggi kepada Malaysia.

SPRM sokong Azam Baki, sifatkan tuduhan bermotif politik dendam
Kes membabitkan Azam sedang disiasat Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kartel daging: Dokumen syarikat import bahan sejuk beku sejak 2015 dirampas - SPRM
SPRM akan mengkaji semua dokumen dan akaun-akaun syarikat yang terlibat, dalam mengesan keseluruhan dalang, termasuk anggota penguatkuasa terlibat melindungi kegiatan ini.

Pemilik syarikat direman tiga hari cuba rasuah pegawai SSM
Seorang pemilik syarikat direman tiga hari bagi membantu siasatan kes pemberian rasuah kepada pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Tiga lagi penguat kuasa MBSA dicekup SPRM
Ketiga-tiga anggota penguat kuasa akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Seorang lagi anggota penguatkuasa MBSA ditahan terima rasuah - SPRM
Suspek keempat itu merupakan anggota penguatkuasa MBSA dari Cawangan Sungai Buloh.

Lindungi premis tanpa lesen: Tiga penguatkuasa MBSA ditahan terima rasuah ribuan ringgit
Hasil siasatan awal SPRM mendapati penguatkuasa yang ditahan dipercayai menerima rasuah antara ratusan hingga ribuan ringgit sebulan, bagi sebuah premis perniagaan.

SPRM siasat dakwaan pihak berkuasa lindungi premis judi haram
SPRM akan menyiasat dakwaan pihak berkuasa cuba lindungi premis perjudian haram di sekitar Sungai Buloh.

SPRM tahan 3 pengarah syarikat peroleh kontrak promosi iklan lebih RM90 juta
Menurut sumber SPRM, kesemua suspek berusia 31 hingga 48 tahun tersebut ditahan petang semalam di Ibu Pejabat SPRM.

Bangladesh enggan terima Rohingya ditahan di Malaysia
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan kesemua empat tangkapan berkenaan.