awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liow harap kekerapan tren setiap 90 saat di Lembah Klang

Bernama
Bernama
14/12/2016
22:25 MYT
Liow harap kekerapan tren setiap 90 saat di Lembah Klang
LIOW: Kekerapan tren berkenaan adalah 1.5 minit, jadi tak perlu tunggu lama. Kita harap dapat capai sasaran seperti itu. -Gambar fail
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berharap kekerapan perkhidmatan tren di Lembah Klang dapat ditingkatkan kepada setiap 90 saat.
Katanya dalam lawatan kerja ke Moscow, Rusia baru-baru ini, beliau sangat kagum dengan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) bawah tanah di bandar itu yang mampu menampung 8.5 juta penumpang sehari dengan kekerapan setiap 90 saat.
"Kekerapan tren berkenaan adalah 1.5 minit, jadi tak perlu tunggu lama. Kita harap dapat capai sasaran seperti itu," katanya ketika berucap pada majlis makan malam gala kementerian itu, di sini, Rabu malam.
Berdasarkan langkah penambahbaikan perkhidmatan tren Lembah Klang yang telah dilaksanakan setakat ini, katanya sasaran itu mampu dicapai dengan usaha dan kerjasama semua pihak terlibat.
Beliau berkata kekerapan perkhidmatan KTM Komuter misalnya telah berjaya ditambah daripada setiap sejam kepada setengah jam dan yang terbaru kepada setiap 15 minit.
Liow berkata melalui pelaksanaan Projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT), tempoh menunggu KTM Komuter akan disingkatkan lagi kepada 7.5 minit menjelang 2019 dan akan terus ditingkatkan kepada setiap 3.5 minit. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#90 saat
#kekerapan perkhidmatan tren
#Lembah Klang
#Liow Tiong Lai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan