awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liow minta KP kesihatan hantar lebih banyak pasukan pakar rawat mangsa kritikal

Bernama
Bernama
21/08/2013
15:44 MYT
Liow minta KP kesihatan hantar lebih banyak pasukan pakar rawat mangsa kritikal
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau telah menghubungi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Nor Hisham Abdullah untuk menghantar lebih banyak pasukan pakar bagi membantu mangsa bas yang kritikal di hospital.
Katanya terdapat enam mangsa kritikal kini berada di Hospital Kuala Lumpur, lapan kritikal di Hospital Selayang, seorang separa kritikal di Hospital Sungai Buloh dan seorang lagi separa kritikal di Hospital Bentong.
Dalam pada itu, Liow yang merupakan Anggota Parlimen Bentong berkata orang ramai tidak harus membuat spekulasi bahawa kemalangan bas yang berlaku semasa menuruni jalan curam dari Genting Highlands itu ekoran terlebih muatan.
Beliau berkata semua pihak seharusnya menunggu laporan dan siasatan penuh daripada pihak berkuasa sebelum membuat sebarang kesimpulan.
"Ada yang kata terlebih muatan...janganlah buat spekulasi kerana siasatan sedang dibuat. Pekerja dan orang awam memang guna (perkhidmatan) bas itu, sebarang spekulasi boleh memberi kesan yang buruk termasuk menakutkan pengguna yang menggunakan perkhidmatan bas itu," katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati anggota bomba dan penyelamat sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa dengan menggunakan anjing pengesan.
Topic Berkaitan
#bas
#Genting Highlands
#kesihatan
#Liow Tiong Lai
#Nahas
#pakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan