awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lipis dan Telupid antara 20 bandar paling bahagia di Malaysia

Bernama
Bernama
20/03/2025
14:55 MYT
Lipis dan Telupid antara 20 bandar paling bahagia di Malaysia
Selain Lipis dan Telupid (gambar), tujuh lagi bandar yang menerima anugerah sama bagi kategori Majlis Daerah ialah Cameron Highlands, Kuala Krai, Bandar Baharu Kedah, Jerantut dan Jelebu. - FB Menarik Di Daerah Telupid
KUALA LUMPUR: Bandar Lipis di Pahang dan Telupid di Sabah dinobat sebagai antara 20 Bandar Paling Bahagia Tahun 2025 menerusi Indeks Kebahagiaan Malaysia.
KPKT dalam kenyataan memaklumkan lapan daerah dianugerahkan Bandar Paling Bahagia (Kategori Majlis Daerah) manakala 12 lagi bagi Kategori Majlis Bandaraya/Perbandaran pada Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan di Putrajaya.
"Selain Lipis dan Telupid, tujuh lagi bandar yang menerima anugerah sama bagi kategori Majlis Daerah ialah Cameron Highlands (Pahang), Kuala Krai (Kelantan), Bandar Baharu (Kedah), Jerantut (Pahang) dan Jelebu (Negeri Sembilan)," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, 11 lagi bandar yang menerima anugerah berkenaan bagi kategori Majlis Bandaraya/Perbandaran ialah Bintulu (Sarawak), Temerloh (Pahang), Bandaraya Diraja Klang (Selangor), Jasin (Melaka) serta Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru (Johor).
Turut menerima anugerah sama ialah Putrajaya, Petaling Jaya (Selangor), Bandaraya Melaka (Melaka), Ampang Jaya (Selangor) dan Port Dickson (Negeri Sembilan).
Sebanyak 153 Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan), Sabah serta Sarawak terlibat dalam Kajian Indeks Kebahagiaan iaitu 115 bandar (75 peratus) mencapai status bahagia manakala 38 lagi (25 peratus) mencapai status sederhana bahagia.
Kriteria indeks itu selaras dengan pengukuran kebahagiaan di peringkat dunia yang memfokus kepada tahap tekanan hidup, kesihatan, hubungan kekeluargaan serta kepuasan terhadap kemudahan dan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pemimpin setempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indeks Kebahagiaan Malaysia
#bandar paling bahagia
#lipis
#Telupid
#majlis bandaraya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan