awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liputan 4G seluruh negara cecah 94 peratus - MCMC

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
30/09/2021
02:25 MYT
Liputan 4G seluruh negara cecah 94 peratus - MCMC
Secara keseluruhannya, di bawah Pelan JENDELA Fasa 1, 1,661 menara komunikasi baharu dibina di kawasan bandar dan luar bandar. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Liputan 4G di seluruh negara mencecah 94 peratus pada akhir Ogos 2021, berbanding 91.8 peratus pada Sept 2020.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), perkembangan memberangsangkan ini susulan inisiatif pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Dalam kenyataan pada Khamis, MCMC turut mendedahkan, purata kelajuan jalur lebar mudah alih negara juga mencapai 29.14 Mbps berbanding 25 Mbps sebelum ini.
Di samping itu, sejumlah 6.255 juta premis pula telah diliputi dengan rangkaian gentian optik dan jumlah berkenaan adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan 4.95 juta premis pada Sept 2020.
Tambah MCMC, secara keseluruhannya, di bawah Pelan JENDELA Fasa 1, sebanyak 1,661 menara komunikasi baharu dibina di kawasan bandar dan luar bandar yang dijangka bermula pada suku akhir tahun ini.
Kenyataan Media: LIPUTAN 4G SELURUH NEGARA CECAH 94%, TINDAKAN PROAKTIF KERAJAAN PACU KESALINGHUBUNGAN LEBIH BAIK DALAM NEGARA#JENDELA#MCMC pic.twitter.com/v83iFusjb9
— MCMC (@MCMC_RASMI) September 30, 2021
Turut dilaksanakan, perkhidmatan capaian jalur lebar melalui satelit (VSAT) di 839 lokasi di kawasan kurang penduduk di pedalaman, pada suku keempat 2021, bagi meningkatkan capaian liputan internet.
Segala perkembangan ini merupakan usaha pihak kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan MCMC dalam meningkatkan kesalinghubungan Internet yang lebih baik, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi digital negara.
Tiga indikator JENDELA, iaitu tahap liputan 4G di kawasan berpenduduk, purata kelajuan jalur lebar mudah alih dan rangkaian gentian optik, masing-masing memperlihatkan petanda yang positif.
Topic Berkaitan
#MCMC
#Internet
#4G
#kelajuan jalur lebar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan