KUCHING: Capaian liputan internet 4G di seluruh Sarawak akan meningkat ke tahap 92 peratus menjelang 2022 selepas selesainya pelaksanaan fasa 1 Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Tan Sri Annuar Musa.
Tahun depan, katanya, Sarawak akan menerima liputan internet 4G yang hampir sama dengan semua negeri di seluruh negara apabila kerajaan mempercepat proses menaik taraf prasarana dan infrastruktur jalur lebar dengan perbelanjaan mencecah RM4.09 bilion.
"Sehingga suku ketiga tahun ini, liputan 4G di Sarawak telah melebihi 83 peratus dan menjelang tahun 2022, Sarawak mesti mencapai liputan antara 91 peratus hingga 92 peratus dan jurang antara liputan di peringkat nasional yang seharusnya pada 97 peratus dapat dikurangkan," katanya dalam segmen Randau Khas bersama Menteri KKMM di SARAWAKfm, di sini.
Annuar berkata, tumpuan utama kerajaan adalah untuk menaik taraf kawasan terpencil supaya wujud keadilan dalam menyediakan akses kepada perkhidmatan internet antara kawasan luar bandar dan bandar.
Sehingga kini, sejumlah 61,414 premis daripada sasaran 73,588 premis di seluruh Sarawak sudah dilengkapi dengan internet jalur lebar tetap, sementara baki premis sedang dalam proses melengkapkan rangkaian gentian optik dengan peruntukan sebanyak RM147 juta.
Menurutnya, sejumlah 79 menara telekomunikasi baharu di Sarawak telah siap dibina manakala proses pembinaan 744 lagi di negeri ini telah bermula.
"Ia menelan perbelanjaan paling besar iaitu kira-kira RM2 bilion, dengan proses tender telah dikeluarkan dan pelaksanaannya sudah dimulakan," tambah Annuar.
Beliau juga berkata sejumlah 1,856 stesen pemancar atau menara telekomunikasi sedia ada di Sarawak telah dinaik taraf bagi membolehkan akses terhadap liputan internet 4G melalui jalur lebar tetap manakala 204 lokasi dilengkapi dengan teknologi jalur lebar satelit.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 05 2021
Menurut Annuar, sejumlah 79 menara telekomunikasi baharu di Sarawak telah siap dibina manakala proses pembinaan 744 lagi di negeri ini telah bermula. - Gambar fail
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Liputan internet 4G di Sarawak capai tahap 92 peratus menjelang 2022
Capaian liputan internet 4G di seluruh Sarawak akan meningkat ke tahap 92 peratus menjelang 2022 selepas selesainya pelaksanaan fasa 1 Pelan JENDELA, kata Menteri KKMM Tan Sri Annuar Musa.