KUALA LUMPUR: Prestasi kerja naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif di sekolah adalah kurang memuaskan, menurut laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.
Menurut laporan itu, daripada 1,505 sekolah yang dikenal pasti mempunyai bangunan daif, hanya 411 sekolah diangkat permohonan pelaksanaan projek daif kepada Kementerian Ekonomi.
"Bagaimanapun, sehingga 31 Dis 2022 hanya 123 sekolah atau 31.9 peratus daripada 386 sekolah yang dilaksanakan projek daif telah siap dinaik taraf sejak 2019 hingga tahun lepas.
"Keberhasilan pengurusan naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif tidak tercapai sepenuhnya kerana sebahagian projek masih dalam fasa pelaksanaan/belum dimulakan sehingga akhir 2022," menurut laporan itu.
Keadaan itu menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) masih dilaksanakan di ruang yang telah disahkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), manakala terdapat penempatan sementara yang disediakan oleh pihak sekolah adalah tidak kondusif.
Menurut LKAN, KPM telah menyalurkan sejumlah RM1.026 bilion peruntukan untuk pelaksanaan 386 projek daripada 1,505 sekolah yang dikenal pasti mempunyai bangunan daif pada skala enam dan tujuh bagi tempoh 2019 hingga 2022.
Daripada jumlah yang diperuntukkan, sejumlah RM715.55 juta telah dibelanjakan dengan 123 sekolah telah siap dan 263 sekolah dalam peringkat pelaksanaan.
Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan, pihak audit mengesyorkan supaya Kementerian Pendidikan mengangkat lebih banyak permohonan projek daif kepada pihak Kementerian Ekonomi untuk kelulusan bagi memastikan sekolah yang dikenal pasti mempunyai bangunan daif dinaik taraf dengan segera.
KPM juga disarankan melaksanakan sesi libat urus dengan semua pihak yang terlibat supaya keperluan setiap agensi berkenaan dapat diselaraskan dan pembangunan sekolah menepati keperluan pengguna.
"KPM juga hendaklah menyediakan perancangan penyuraian murid bagi sekolah yang dikenal pasti mempunyai bangunan daif supaya PdP dapat dilaksanakan dalam keadaan yang selamat dan kondusif selain melaksanakan penyenggaraan secara berkala," menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023
Pihak audit mengesyorkan supaya Kementerian Pendidikan mengangkat lebih banyak permohonan projek daif kepada pihak Kementerian Ekonomi untuk kelulusan. - Gambar fail
25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin
Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini
Majikan dan pekerja diingat mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 yang berkuat kuasa hari ini.
Skuad Inspektor 1964 rai ulang tahun ke-60 di Pulapol
Skuad Inspektor 1/1964 hari ini meraikan ulang tahun ke-60 dengan melawat lokasi permulaan kerjaya mereka sebelum bergelar pegawai polis.
Fokus Minggu Depan: Pasca keputusan SPM – Kelebihan menerokai teknologi baharu dan kecerdasan buatan
Demonstrasi di depan kedutaan AS di Jakarta nyatakan sokongan untuk Palestin
Ribuan individu berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta Pusat menuntut keadilan dan tindakan sokongan untuk Palestin.
Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.
Bojan Hodak julang gelaran juara liga di tiga negara berbeza
Pada musim lepas, Hodak berjaya membawa pasukan Kuala Lumpur City melangkah ke tiga perlawanan akhir.
Rexy bimbang dengan prestasi semasa Aaron-Wooi Yik
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berasa bimbang dengan aksi goyah Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika ini.
Misi PBB di Iraq ditamatkan selepas lebih 20 tahun
Misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Iraq akan ditamatkan pada penghujung 2025 selepas dipersetujui oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Jumaat.
ISWC 2024: Tingkatkan kesedaran persaraan rakyat di sebalik tekanan kewangan
Perancangan persaraan perlu dimulakan sebaik sahaja seseorang mula bekerja untuk mendapat kesan penggandaan dividen yang optimum.
Laporan Ketua Audit Negara: Felda akan tingkat kecekapan operasi, tadbir urus
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan terus meningkatkan kecekapan operasi dan tadbir urus yang telus dan mengoptimumkan kecekapan produktiviti.
Rizab negatif: PAC akan panggil LTAT, tidak tolak panggil Menteri Pertahanan
PAC amat bimbang dengan kedudukan kewangan LTAT selepas pendedahan daripada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).
Laporan Ketua Audit peruntukan kepada MSN 'lesap' tidak benar - MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menjelaskan, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 pada 22 Nov mengenai wang sebanyak RM1.47 juta yang diperuntukkan kepada MSN 'lesap', adalah tidak benar.
Kehilangan dana awam RM681.71juta merugikan rakyat - Ahmad Maslan
Kehilangan atau kerugian wang awam sebanyak RM681.71juta berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022, merugikan rakyat selain menimbulkan persoalan kerana ketirisan berlaku setiap tahun.
Pantau isu, status terkini Laporan Ketua Audit Negara melalui sistem AGD
Selaras dengan prinsip ketelusan dan tadbir urus yang baik, Jabatan Audit Negara membangunkan sistem Pemuka Ketua Audit Negara (AGD).
LKAN: Kelestarian pengangkutan awam darat di Lembah Klang memuaskan
Kelestarian pengangkutan awam darat di Lembah Klang adalah memuaskan, demikian dapatan LKAN 2022.
LKAN: Kerja naik taraf bangunan daif di sekolah kurang memuaskan
Prestasi kerja naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif di sekolah adalah kurang memuaskan, menurut laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.
LKAN 2022: Kegagalan kontraktor bekal senjata api, KDN rugi lebih RM6 juta
Pengurusan dan kawal selia senjata api jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah kurang memuaskan, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.
Minitkan perbincangan berkaitan Laporan Ketua Audit Negara - PM Anwar
LKAN perlu diteliti semula bagi memperbaiki tata kelola pentadbiran, selain mengenal pasti dan membantu mengurangkan ketirisan dalam pentadbiran negara.
Laporan Ketua Audit: Seorang penjawat awam dihadap ke mahkamah, 25 kena tatatertib
Seorang penjawat awam dituduh di mahkamah, manakala 25 orang lagi dikenakan tindakan tatatertib susulan daripada 12 isu yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).