awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki maut, tujuh cedera kemalangan lapan motosikal di Lebuhraya BKE
Taiwan senarai virus Nipah sebagai Penyakit Kategori 5 susulan wabak di India
Ops Khas: JPJ sita enam kereta mewah bernilai RM1.5 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LKIM salur RM1.8 juta bantuan bencana kepada 628 nelayan

Bernama
Bernama
07/12/2025
21:15 MYT
LKIM salur RM1.8 juta bantuan bencana kepada 628 nelayan
Muhammad Faiz berkata, bantuan berkenaan meliputi kerja pembaikan rumah dan bot nelayan yang rosak akibat bencana alam seperti banjir dan ribut. - Gambar Bernama
BACHOK: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memperuntukkan RM1.8 juta kepada 628 nelayan di seluruh negara tahun ini menerusi Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan.
Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, bantuan berkenaan meliputi kerja pembaikan rumah dan bot nelayan yang rosak akibat bencana alam seperti banjir dan ribut.
"Tahun ini kita menerima peruntukan berjumlah RM2 juta dengan sebahagian besarnya untuk nelayan yang terkesan banjir di negeri Pantai Timur. Skim ini menyediakan bantuan maksimum RM10,000 bergantung tahap kerosakan. Jika kerosakan melebihi had itu, LKIM akan memohon bantuan tambahan daripada kerajaan melalui skim lain," katanya kepada pemberita pada Program MADANI Anak Nelayan Kembali Ke Sekolah, di sini, pada Ahad.
Beliau berkata, inisiatif itu bertujuan meringankan beban nelayan serta menyokong usaha LKIM memastikan kebajikan komuniti itu terpelihara dan jaminan sekuriti makanan terus terjaga.
Mengulas mengenai bekalan ikan sepanjang Monsun Timur Laut, beliau berkata, keperluan pengguna mencukupi melalui 300 metrik tan stok simpanan LKIM dan 1,600 metrik tan stok syarikat swasta.
"Kita menggalakkan rakyat mempelbagaikan sumber protein pada musim tengkujuh bagi mengurangkan kebergantungan kepada hasil laut. Kita juga ingin mendidik pengguna membeli ikan mengikut musim pembiakan spesies bagi mengelak harga tinggi," katanya.
Terdahulu, Muhammad Faiz menyampaikan bantuan peralatan persekolahan bernilai RM8,600 kepada 100 anak nelayan Bachok termasuk beg sekolah, topi dan botol air selain baucar RM50 setiap seorang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LKIM
#bantuan
#bencana
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan