Bermula 1 Januari, penggunaan logo dan simbol halal dan kata-kata seperti 'Ditanggung Halal' (halal yakin), 'makanan Islam' dan "Ramadan buffet ' yang boleh mengelirukan pengguna Islam akan diharamkan.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata bermula pada tarikh tersebut, tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu dan syarikat-syarikat yang menggunakan logo halal selain yang dikeluarkan oleh Jakim atau majlis agama negeri.
"Sebuah perbadanan atau organisasi yang didapati bersalah boleh menghadapi denda RM200, 000 bagi kesalahan pertama atau sehingga RM500, 000 bagi kesalahan kedua atau berikutnya”
"Sementara itu, pihak individu atau lain-lain boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau maksimum tiga tahun penjara, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan bagi kesalahan pertama, atau maksimum denda RM250, 000 atau sehingga lima tahun di penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, " katanya Jumaat.
Beliau berkata semua barangan makanan yang diimport untuk diisytiharkan sebagai halal juga perlu mempunyai logo dan pensijilan halal yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa di negara-negara pengeluar yang diiktiraf oleh Jakim.
Othman berkata tempoh peralihan bagi Arahan Perihal Dagangan (Pensijilan dan Penandaan Halal) 2011 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 akan berakhir pada 31 Disember 2012.
"Oleh itu, Jakim ingin mengingatkan peserta industri untuk bersedia dan peka tentang pensijilan halal Malaysia dari masa ke semasa”
"Ia juga diharapkan kepada orang ramai untuk memberikan kerjasama dalam menyalurkan maklumat mengenai penyalahgunaan logo halal kepada Jakim," tambahnya lagi.
Bernama
Fri Dec 28 2012
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Logo halal mengelirukan akan diharamkan
Bermula 1 Januari, penggunaan logo dan simbol halal dan kata-kata seperti 'Ditanggung Halal' (halal yakin), 'makanan Islam' dan "Ramadan buffet ' yang boleh mengelirukan pengguna Islam akan diharamkan