awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Logo VM2026 rekaan pelukis tempatan, bukan ilustrasi AI

Sinar Harian
Sinar Harian
08/01/2025
05:45 MYT
Logo VM2026 rekaan pelukis tempatan, bukan ilustrasi AI
Beruang matahari dipilih sebagai ikon dan maskot bagi kempen VM2026.
KUALA LUMPUR: Rekaan logo rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang menampilkan ilustrasi beruang matahari merupakan rekaan seorang pelukis tempatan dan bukannya janaan kecerdasan buatan (AI).
Perkara tersebut dijelaskan anak kepada pelukis berkenaan yang tampil mempertahankan karya bapanya menerusi hantaran di aplikasi X.
"Hai, ini bukan (janaan) AI, ia lukisan asli daripada ayah saya," menurut @Muhdhelmiyani di aplikasi tersebut.
Sebagai bukti, lelaki berkenaan turut menyertakan tangkap layar perbualan bersama bapanya berkaitan sebahagian proses penghasilan awal rekaan tersebut, termasuk beberapa lakaran di aplikasi WhatsApp.
Sebelum ini logo rasmi VM2026 menjadi perbualan hangat di laman sosial dengan warga maya mendakwa ia dihasilkan menggunakan janaan teknologi terkini.
Walaupun terdapat kontroversi mengenai asal-usul rekaan tersebut, ia masih mendapat pujian ramai yang melihat kreativiti serta keunikan seni tempatan.
Sebagai rekod, beruang matahari dipilih sebagai ikon dan maskot bagi kempen VM2026 kerana ia merupakan spesis beruang terkecil di dunia dan asli di kawasan tropika Asia Tenggara termasuk Malaysia.
Lebih menarik, watak Wira iaitu beruang jantan dan Manja (beruang betina) itu direka dalam gaya animasi untuk memikat semua peringkat umur selain menarik kedatangan pelancong ke negara ini.
Logo tersebut melambangkan budaya Malaysia yang kaya dengan keindahan semula jadi dan daya tarikan global, menjadi simbol visual kesediaan negara untuk menyambut pelancong dari seluruh dunia.
Lagu tema bertajuk 'Surreal Experiences' turut dilancarkan untuk mempromosikan daya tarikan unik Malaysia kepada pelancong antarabangsa.
Majlis Pelancaran VM2026 di Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB) disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tahun melawat malaysia
#TMM2026
#isu logo
#AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan