awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Loji rawatan air Semenyih terpaksa ditutup semula

Astro Awani
Astro Awani
28/10/2016
15:22 MYT
Loji rawatan air Semenyih terpaksa ditutup semula
Loji rawatan air Semenyih ditutup sekali lagi pada pukul 4:15 petang Jumaat kerana benteng di Sungai Buah pecah akibat hujan lebat. - Gambar fail
Loji rawatan air Semenyih terpaksa ditutup sekali lagi pada pukul 4:15 petang tadi kerana benteng di Sungai Buah di Nilai, Negeri Sembilan pecah akibat hujan lebat di hulu sungai.
Benteng tersebut telah dibina sejak 24 Oktober lalu bagi menghalang air sungai tercemar daripada mengalir ke Sungai Semenyih dan melencongkannya ke kolam berhampiran menggunakan pam.
Menurut satu kenyataan dikeluarkan Kumpulan Air Selangor malam ini, ketika ini, segala usaha sedang dilaksanakan untuk membina semula benteng di Sungai Buah itu dengan serta-merta.
"Semua kawasan di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling sedang mengalami gangguan bekalan air sehingga loji rawatan air beroperasi semula," kata Ketua Komunikasi Korporatnya Amin Lin Abdullah.
Lokasi bekalan air bantuan.
Lokasi bekalan air bantuan.
Katanya, bantuan bekalan air akan terus dihantar ke kawasan yang terlibat dan premis kritikal, seperti hospital dan pusat dialisis, sehingga bekalan air pulih.
Sementara itu, Amin turut menjelaskan, jadual bekalan air sedia ada untuk Zon 1 dan 2 yang dikeluarkan sebelum ini tidak akan diguna pakai lagi.
Topic Berkaitan
#air tercemar
#benteng pecah
#Kumpulan Air Selangor
#Loji Rawatan Air Semenyih
#nilai
#Sungai Buah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan