Ringkasan AI
- Juan Mata secara rasmi mengumumkan persaraannya daripada bola sepak profesional selepas beraksi di beberapa kelab utama Eropah dan Asia.
- Mata merupakan sebahagian skuad Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia 2010 dan Kejohanan Eropah 2012, dengan 41 penampilan antarabangsa.
- Beliau pernah membantu Chelsea dan Manchester United memenangi pelbagai kejuaraan utama sebelum menamatkan karier di Australia.
LONDON: Bekas pemain tengah Sepanyol, Juan Mata secara rasmi mengumumkan persaraannya daripada bola sepak profesional, lapor BBC.
Mata, yang mencatat 41 penampilan antarabangsa, merupakan sebahagian daripada skuad emas Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Beliau turut membantu negaranya menjulang kejuaraan Kejohanan Eropah (Euro) 2012 apabila menjaringkan gol keempat dalam kemenangan 4-0 ke atas Itali pada perlawanan akhir.
Graduan akademi Real Madrid itu menyertai Valencia pada 2007 sebelum berpindah ke Chelsea pada Ogos 2011 dan membantu kelab London berkenaan memenangi Liga Juara-Juara UEFA, Liga Europa UEFA serta Piala FA.
Mata kemudian menyertai Manchester United pada Januari 2014 dan membantu kelab itu merangkul gelaran Liga Europa UEFA, Piala FA dan Piala Liga sebelum meninggalkan Old Trafford pada 2022.
Beliau selepas itu beraksi bersama Galatasaray di Turkiye dan Vissel Kobe di Jepun sebelum mengakhiri karier profesionalnya di Australia bersama Western Sydney Wanderers dan Melbourne Victory.
"Bola sepak tidak akan pernah meninggalkan hidup saya.
"Terdapat pelbagai cara untuk terus menyayangi sukan ini dan menggunakannya sebagai medium pembangunan.
"Saya mungkin berhenti bermain secara profesional, tetapi saya tidak akan pernah berhenti menjadi seorang pemain bola sepak," katanya menerusi kenyataan rasmi di laman sesawangnya.