awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
Anggota tentera cedera dalam letupan bom di Yala
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lokasi proses air ketum diserbu, dua ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
15/01/2025
03:30 MYT
Lokasi proses air ketum diserbu, dua ditahan
Pemeriksaan di lokasi membawa kepada penemuan 280 bungkus air ketum dan 528 bungkus daun ketum. - Foto PGA
PASIR MAS: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu menumpaskan kegiatan pengedaran air ketum selepas menyerbu lokasi memproses bahan terlarang itu di Kampung Belukar di sini pada Isnin.
Dalam serbuan jam 3 petang menerusi Op Taring Wawasan itu PGA turut menahan dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 23 tahun bagi membantu siasatan.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemeriksaan di lokasi membawa kepada penemuan 280 bungkus air ketum dan 528 bungkus daun ketum.
"PGA turut menjumpai pelbagai peralatan memproses ketum di sekitar kawasan semak tersebut," katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Rabu.
Menurut beliau, anggaran nilai rampasan bernilai RM 15,720 dan kes disiasat bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Nik Ros Azhan memberitahu, suspek dan barang rampasan dibawa ke Komtak (Kompeni Taktikal) Taman Bakti untuk tindakan lanjut.
"PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan pengedaran air ketum dari terus berleluasa di sempadan negara," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#daun ketum
#PGA
#Op Taring Wawasan
#Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan