awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lombong pasir haram: Anak saudara pemimpin parti politik antara 4 direman

Astro Awani
Astro Awani
30/11/2017
05:10 MYT
Lombong pasir haram: Anak saudara pemimpin parti politik antara 4 direman
Pegawai SPRM membawa empat individu bagi mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, bagi membantu siasatan kes aktiviti perlombongan pasir dan batu haram di Selangor. --fotoBERNAMA
Empat individu termasuk anak saudara kepada timbalan presiden sebuah parti politik direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kegiatan perlombongan pasir dan batu haram di Kajang, Selangor pada 2014.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Ainna Sherina Saipolamin bermula hari ini sehingga 6 Disember bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siastan lanjut.
Mereka yang direman membabitkan dua pengarah syarikat, seorang pekerja syarikat pengiklanan dan seorang pengurus tapak.
Difahamkan, syarikat perlombongan itu dikatakan memberi rasuah terhadap penguat kuasa tempatan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan terbabit.
SPRM turut membekukan beberapa akaun syarikat bernilai RM4 juta.
Semalam, SPRM menahan empat individu selepas mendapat maklumat daripada orang awam berhubung kegiatan curi pasir di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.
Sementara itu, pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mengalu-alukan siasatan yang mengikut lunas undang-undang tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak tertinggi yang berkepentingan.
"Kerajaan negeri Selangor tuntas berpegang kepada prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam semua proses perolehan kerajaan bagi menjamin kepentingan rakyat dan negeri Selangor," kata kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#melombong pasir
#operasi
#Rasuah
#Selangor
#SPRM
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan