awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lompat ke bawah lori sampah, pemuda maut digilis

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
10/11/2020
20:56 MYT
Lompat ke bawah lori sampah, pemuda maut digilis
Polis memaklumkan, berdasarkan siasatan awal, mangsa mempunyai rekod kesihatan di sebuah klinik psikiatri di Kota Bharu. - Foto pembaca Astro AWANI
KOTA BHARU:Seorang pemuda yang dipercayai mengalami gangguan mental maut digilis lori pengangkut sampah di Jalan Sri Cemerlang di sini semalam.
Mangsa yang berusia 23 tahun, beralamat di Jalan Pasir Pekan, Tumpat, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian perut.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Daud berkata, dalam kejadian sekitar jam 12 tengah hari itu, mangsa yang sedang berjalan di bahu jalan secara tiba-tiba melompat dan masuk ke bawah sebuah lori sampah yang sedang bergerak perlahan.
Pemandu lori bagaimanapun tidak sempat mengelak lalu menggilis badan mangsa.
Jelasnya, berdasarkan siasatan awal, mangsa mempunyai rekod kesihatan di sebuah klinik psikiatri di sini.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.
Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi dengan para sukarelawan terlatih di Befrienders.
Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.
Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan.
Panggilan adalah percuma bermula 1 Ogos 2019.
Topic Berkaitan
#maut
#gilis lori sampah
#siasatan
#polis
#Kota Bharu
#Hospital Raja Perempuan Zainab
#Ketua Polis Daerah Kota Bharu
#klinik psikiatri
#mental
#gangguan
#Abdul Rahim Daud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan