NILAI: Sebuah lori 10 tan membawa muatan kertas gulung seberat kira-kira lapan tan merempuh 11 kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Pusat Bandar dekat sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata kejadian pada 5.50 petang itu berlaku apabila lori terbabit, yang dipandu seorang lelaki berumur 26 tahun dan dalam perjalanan dari Melaka menghala ke Beranang, Selangor, mengalami masalah brek sehingga hilang kawalan sebelum terbabas serta melanggar deretan kereta di lampu isyarat merah.
"Akibat kemalangan itu, seorang pemandu kereta mengalami kecederaan ringan iaitu luka di kepala. Bagaimanapun, pemandu lori dan pemandu kereta lain tidak mengalami sebarang kecederaan," menurutnya dalam kenyataan hari ini
Beliau berkata keputusan ujian air kencing pemandu lori didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis menasihati orang awam agar memandu dalam keadaan selamat dan patuh kepada kelajuan ditetapkan terutama ketika musim perayaan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 29 2022
Sebuah lori 10 tan membawa muatan kertas gulung seberat kira-kira lapan tan merempuh 11 kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Pusat Bandar petang tadi. - Foto BERNAMA
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Mekanik maut dirempuh tayar treler tercabut
Seorang mekanik maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh tayar belakang sebuah treler muatan balak yang tercabut, di Kilometer 48 Jalan Temerloh-Bandar Jengka/Jerantut di Maran dekat sini
Lelaki maut setelah motosikal berkuasa tinggi rempuh lori di Simpang Pulai
Mangsa yang menaiki motosikal berkuasa tinggi sedang dalam perjalanan ke Cameron Highland tersepit di bawah tayar lori berkenaan dan disahkan maut di tempat kejadian.
Buruh direman tujuh hari, bantu siasatan kes kemalangan maut depan sekolah
Pendaftar Mahkamah Sesyen Kajang Sharifah Fazilah Zulkifli mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki berumur 39 tahun itu.
Lima lelaki maut dalam satu kemalangan di beluran
Lima lelaki, termasuk dua beradik, maut dalam satu kemalangan selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung sebuah lori ikan di Jalan Nangoh Paitan, Beluran pada Isnin.