Skip to main content

Malaysia

Lori bawa gas LPG terbabas di lebuhraya PLUS, MPV terbakar

61415770655_295x200.jpg
Sebuah lori yang membawa muatan gas LPG terbabas di km 257 Lebuhraya Utara- Selatan, PLUS arah utara dari Ipoh ke Kuala Kangsar pada jam 9.22 pagi tadi.

Menurut pasukan Bomba dan Penyelamat, sebuah MPV terbakar dan sebuah kereta kemek teruk kerana berlanggar dengan  tong-tong gas LPG dari lori yang bertaburan di jalan raya.

Walau bagaimanapun, tiga mangsa iaitu pemandu lori berkenaan, pemandu kereta dan pemandu MPV hanya mengalami cedera ringan.

Pihak PLUS memberitahu, keadaan jalan raya kini terkawal hanya trafik ke laluan kontra bergerak perlahan.

Proses pengalihan lori berkenaan masih dijalankan.




Advertisement

Must Watch Video