awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan lancar papan pemuka pantau perkembangan terkini MA63
MBS disaran kaji semula waktu operasi bazar Aidilfitri di Senawang - Aminuddin
Ijazah perubatan USM kini diiktiraf di Singapura
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori bawa muatan bahan kimia terbalik di Lebuhraya Kesas

Bernama
Bernama
18/07/2025
07:10 MYT
Lori bawa muatan bahan kimia terbalik di Lebuhraya Kesas
Keadaan lori kontena bawa muatan pelbagai jenis bahan kimia yang terbabas sebelum terbalik di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) menghala ke Shah Alam, pagi tadi. -Foto Facebook Hafiz Haripin
SHAH ALAM: Sebuah lori kontena yang membawa muatan pelbagai jenis bahan kimia terbabas sebelum terbalik di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) menghala ke Shah Alam, pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Sebuah lori kontena yang membawa bahan kimia seperti sulfur, kalsium karbonat dan titanium oksida terbalik di Lebuhraya Kesas menghala ke Shah Alam, menyebabkan tumpahan bahan kimia dan kecederaan ringan kepada pemandu.
  • Muatan bahan kimia disimpan dalam 10 tangki ABC berkapasiti 1,000 liter setiap satu; operasi melibatkan 14 anggota bomba dari BBP Shah Alam dan BBP Andalas serta pasukan Hazmat.
  • Kerja-kerja pembersihan sedang menunggu tindakan kontraktor untuk mengalihkan lori ke bahu jalan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata kejadian pada 10.25 pagi itu menyebabkan tumpahan bahan kimia di atas jalan serta mengakibatkan pemandu lori mengalami cedera ringan.
"Lori kontena tersebut membawa muatan bahan kimia jenis sulfur, kalsium karbonat dan titanium oksida dalam bentuk cecair, disimpan dalam 10 unit tangki ABC berkapasiti 1,000 liter setiap satu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi tersebut melibatkan seramai 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dan BBP Andalas, dengan kerjasama pasukan khas bahan berbahaya (Hazmat).
Kerja-kerja pembersihan sedang menunggu tindakan kontraktor untuk mengalihkan lori ke bahu jalan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lori kontena
#bahan kimia
#sulfur kalsium karbonat
#titanium oksida
#lori terbalik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan