awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori bawa muatan tar terbalik di selekoh berbukit, pemandu maut

Bernama
Bernama
13/05/2025
01:20 MYT
Lori bawa muatan tar terbalik di selekoh berbukit, pemandu maut
Sebuah lori membawa muatan tar terbabas sebelum terbalik berhampiran dengan selekoh di Jalan Tun Sardon, Kampung Pondok Upih berhampiran JTS Viewing Point, Balik Pulau, malam tadi. - Gambar ihsan Bomba Pulau Pinang
BALIK PULAU: Sebuah lori membawa muatan tar terbabas sebelum terbalik berhampiran dengan selekoh di Jalan Tun Sardon, Kampung Pondok Upih berhampiran JTS Viewing Point, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian itu pemandu lori berkenaan, seorang lelaki berusia 44 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas tersepit pada ruangan kabin di belakang tempat duduk pemandu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya, menerima panggilan kecemasan pada 10.22 malam dan menggerakkan sebuah jentera bersama sembilan anggota ke lokasi kejadian.
"Kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan tar telah terbabas di selekoh bahu jalan kawasan berbukit dan terbalik, mengakibatkan mangsa tercampak dan tersepit di bahagian ruangan kabin lori di belakang tempat pemandu.
"Operasi mengambil masa lebih dua jam bagi pihak bomba melakukan kerja penstabilan kenderaan, sebelum mangsa yang tersepit dapat dikeluarkan pada 12.48 tengah malam menggunakan peralatan khas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 1.35 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#lori terbalik
#lori muatan tar
#Kampung Pondok Upih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan