awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
Hubungan China-Malaysia akan terus cemerlang pada 2026 - Duta China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori kontena rempuh rumah alami masalah pedal minyak tersangkut - Polis

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
20/08/2024
03:50 MYT
Lori kontena rempuh rumah alami masalah pedal minyak tersangkut - Polis
Kemalangan itu juga mengakibatkan kerosakan pada struktur bahagian depan rumah berkenaan. - Astro AWANI
BUKIT KAYU HITAM: Lori kontena yang merempuh sebuah rumah di Taman Desa Bayan Emas, di sini pada Isnin dipercayai berpunca akibat masalah pedal minyak yang tersangkut di lantai kenderaan terbabit.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, hasil siasatan awal polis mendapati, pemandu berusia 59 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam ke Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.
“Sewaktu menuruni jalan industri Bukit Kayu Hitam-Ladang Rakyat, pemandu kontena terbabit mendapati pedal minyak tersangkut di lantai kenderaannya dan cuba untuk memberhentikan kontena yang dipandunya namun gagal menyebabkan kenderaan itu merempuh sebuah rumah.
"Pemandu lori kontena itu adalah warga Thailand kini ditahan untuk siasatan lanjut dan ujian urin mendapati negatif dadah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Rodzi berkata, rempuhan itu turut mengakibatkan sebuah kereta Produa Axia dan motosikal Benelli milik mangsa mengalami kerosakan.
Kemalangan itu juga mengakibatkan kerosakan pada struktur bahagian depan rumah berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#lori kontena
#rempuh rumah
#pedal minyak
#tersangkut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan